Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam
yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.
Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT
Friday, November 25, 2011
doa keluar rmh =)
“Apabila seseorang keluar dari rumahnya dan berdoa Bismillaahi tawakkaltu alallaah la haula walaa quwwata illa billaah (dengan nama Allah, aku bertawakal kepada-Nya, tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya), niscaya akan dikatakan kepadanya, “Cukup bagimu, engkau telah diberi petunjuk dan dilindungi.” Syetanpun akan menjauh darinya” (HR Tirmidzi).
Tuesday, November 22, 2011
salam blogger =)
assalamualaikum shbt2 smua nya...
agak lama sudaa ana xupdate blog ana ni sejak msuk ke uitm puncak alam..
keadaan tak lah se bz mana pon...
cuma perasaan malas utk menaip tu suda beleluasa hehe..
agak byk jgak perkara n pengalaman bila duduk di negeri org nih..
kehidupan terasa smkin mcabar bila terpaksa menghadapi segala nya bersendirian,
bukanlah disini mksd ny tiada teman atau shbt disisi..
cuma perasaan lonely itu tetap ada..
terasa mcm sumthing missing..
sumthing horrible..(trok sgt la plak bnyi nye ek hehe)
huhh.. ssh nak explain bila myentuh mgenai bab2 perasaan ni hehe..
insyaAllah selepas ni kalau ada masa terluang akan ana selit-selitkan kisah2 di dlm blog ana ni...
stakat ni sj dhulu k, azan sudah berkumandang.. jom solat isyak =)
wslm~

Thursday, November 17, 2011
jgn lah marah-marah wahai suamiku =)
Assalamualaikum
Itu dah mungkin perangai semula jadinya, sebagai isteri, kenalah banyak bersabar dengan kerenah suami. Allah akan memberikan pahala kepada isteri yg sabar dengan kekurangan yang ada pada suaminya. Insyaallah.
Cuba cari punca kenapa dia sering bersikap demikian, elakkan dari suami melenting dan marah-marah.
Di sini, saya ingin berkongsi doa dan zikir yang telah dan masih saya amalkan dalam menangani kerenah suami. Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai isteri dan ibu, kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga.
Untuk melembutkan hati suami yg garang dan menurunkan kadar suhu 'panas baranannya' amalkan seperti:
1) Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.
2) Baca surah Taha ayat 1-8..dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x - "Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)... sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud"
3) Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”
4) Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:
1) Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.
2) Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
3) Begitu juga, amalakan Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah.
Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah.. Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang. Bila suami naik berang, bacalah ayat ini:
1) Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “ Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.
*Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu dan keugamaan supaya diberi jalan keluar untuk muhasabah diri, dengarkan ceramah-ceramah motivasi dan ugama supaya timbul kesedaran untuk memperbaiki peribadi. Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNya, Dia akan nampakkan kekurangan-kekurangan pada hambaNya. Jika kita sedar akan kekurangan kita dan ingin berubah, Insyaallah ada jalan keluar. Sebagaimana yang pernah saya dengar dari guru-guru ugama, jika kita tidak menghadhirkan diri untuk majlais ilmu selama 40 hari, hati akan menjadi keras dan susah nak terima hidayah.
InsyaAllah, muhasabah buat diri ana.. Janganlah berputus asa, jadikan doa cara berkesan membentuk peibadi suami dan anak-anak. Doa itu senjata mukmin. Wallahu’alam.
(ummi syg baba krn Allah)

Thursday, November 10, 2011
nak join bisness????
salam...
skrg ana dh mulakan bisness ana iaitu bisness top up~
alhamdulillah...
sapa2 nk join, bli contact ana~

Tuesday, October 18, 2011
Kisah Wanita Cantik Yang Berzina
(gambar hiasan)
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencengkam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meroyakkan hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s.
Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
"Saya takut mengatakannya. "jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina."
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.
Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan durjana, nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Dia tak tahu ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu mahu dibawa ke mana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya? "
Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari wanita penzina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada!" jawab Jibril dengan tegas.
"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian terharu.
"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari
pada seribu kali berzina" Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
(Dikutip dari buku 30 Kisah Teladan - KH Abdurrahman Ar-Roisy)
-----
NOTA:
Jadikan kisah ini untuk meningkatkan keimanan kita, bukan sebagai tiket untuk melakukan zina dan membunuh anak luar nikah pula, na'uzubillah. Saya tidak temui sumber kisah ini, adakah ia dari hadis sahih atau hanya sekadar kisah biasa. Apa pun, perlu disedari bahawa berzina, membunuh dan meninggalkan solat semuanya berdosa besar hukumnya. Mengelakkan dari melakukan dosa adalah lebih utama daripada melakukan mungkar kemudian bertaubat - Amirshah
DOSA
Suatu masa dulu ada seorang lelaki yang pernah melakukan dosa besar. Dia merasa berdosa, menyesali dan menangisi dosanya itu setiap hari selama 20 tahun sehingga matanya rabun dan dadanya terasa pedih kerana terlalu banyak menangis.
Bertaubat seperti ini merupakan satu ibadah yang baik. Takutnya kepada Tuhan itu akan menjadi syafaat bagi dia di dunia dan di akhirat. Ini lebih besar dari solat dan puasa sunat. Sebab tujuan taubatnya tercapai iaitu mendapat rasa hamba. Ini satu anugerah dan Tuhan, sebab bukan mudah untuk mengingati apalagi menyesali dosa-dosa yang pernah kita buat berpuluh tahun yang lalu.
Pada suatu hari Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah bertanya kepada Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, "Apakah ada umatmu yang nanti dapat masuk Syurga tanpa hisab?"
Jawab baginda, " Ada, iaitu orang yang mengenang dosanya lulu dia menangis."
Ada juga hamba Allah yang terlalu tajam rasa bertuhannya sehingga setiap kali selesai membuat kebaikan menurut ukuran manusia biasa, dia segera bertaubat kerana dia merasa kebaikan yang dia buat itu tidak sempurna. Dia merasa kebaikan yang dia buat itu tidak ikhlas kerana Allah, terselit kepentingan-kepentingan lain atau dia merasa tidak beradab kepada Tuhan yang sentiasa mengawasinya dalam membuat kebaikan itu. Dia terasa yang dia buat itu bukan suatu kebaikan tetapi suatu kederhakaan kepada Tuhan walaupun secara lahirnya ia suatu kebaikan. Hamba seperti ini sentiasa merasakan dirinya berdosa dan ibadah-ibadahnya tidak sempurna. Tanpa anugerah dari Allah, sangat sukar bagi manusia untuk memiliki sifat kehambaan yang halus seperti ini. Sangat sukar untuk mengesannya, ia memerlukan pandangan mata batin, tidak cukup dengan mata lahir dan akal saja
Kadang-kadang suatu amalan nampak baik oleh mata dan akal tetapi kalau diperhalusi dengan hati yang tajam ternyata suatu kejahatan. Contohnya, mengerjakan solat. Mata lahir mengatakan baik, akal pun berkata demikian juga. Tapi kalau kita tanya hati, susah untuk memberi jawapan baik atau tidak baik.
Kalau lepas mengerjakan solat, hati kita rasa senang, rasa selamat dengan solat itu, maka rosaklah ibadah kita itu. Selepas solat dipuji orang, hati pun rasa bangga dan berbunga, habislah semuanya. Itulah yang dimaksudkan ibadah itu menjadi hijab dan dosa. Mana boleh selepas solat kita rasa senang dan tenang.
Patutnya kita rasa takut dan cemas sebab solat kita tidak sempurna, ada lalai dan cacat di sepanjang solat. Hati sepatutnya bertanya-tanya, solat aku ini Tuhan terima atau tidak? Tuhan redha atau tidak? Tuhan tidak pandang mata dan akal, tetapi Tuhan pandang hati manusia walaupun ibadah lahir mesti dibuat. Firman Allah Taala:
Terjemahannya: "Hari Qiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) di mana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy Syuara..: 88 - 89)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu." (Riwayat Muslim)
Sebenarnya ketika menghadap Tuhan kita sedang menghadap Raja dari segala raja. Sebab itu bagi orang yang betul-betul faham, ketika dia hendak solat dia bimbang dan gelisah takut tidak beradab di hadapan Raja segala raja. Macam raja besar dunia hendak memanggil kita rakyat biasa ke istana, tentu kita ada rasa takut dan cemas, bertanya sana sini tentang tatacara dan sopan-santun menghadap raja. Apa pantang larangnya.
Waktu pergi, sebelum menghadap sudah susah hati dan bimbang, waktu sedang menghadap pun susah hati dan bimbang. Selepas menghadap pun susah hati dan bimbang, takut kita sudah tidak beradab dan kurang ajar di hadapan raja. Begitulah rasa hati rakyat jelata yang dipanggil menghadap ke istana raja besar.
Tuhan adalah Raja dari segala raja. Patutnya kita lebih merasakan susah hati dan bimbang ketika menghadap-Nya dibanding dengan menghadap raja besar manusia tadi. Apakah hati kita merasakan ini?
Kalau tidak rasa begitu, benarkah kita telah beribadah kepada Tuhan dan menyembah-Nya? Kalau hatinya betul-betul ikut solat atau dengan kata lain dia sangat menghayati solatnya, maka hatinya akan takut, bimbang dan cemas.
Bagi orang yang kenal dan faham Tuhan, maka sebelum mengerjakan solat hatinya sudah gelisah. Orang lain tidak nampak hatinya yang gelisah. Setelah solat dia merasa betapa telah tidak beradabnya dia ketika berhadapan dengan Tuhan yang Maha Besar itu. Sebab itu selepas solat sebelum berdoa mengajukan berbagai permintaan kepada Allah, dia bertaubat dahulu, beristighfar dahulu di atas dosa solatnya yang tidak sempurna. Atau setidak-tidaknya dia rasa bimbang dan cemas. Barulah setelah itu dia berterima kasih kepada Allah yang telah memberinya kekuatan untuk menyembah-Nya dan dengan penuh harap dia berdoa kepada Allah.
Itulah yang dimaksudkan kadang-kadang kita tidak sedar kebaikan yang kita buat berubah menjadi kejahatan. Solat kita yang lalai dan tidak sempurna itu telah membuat kita rasa senang dan selamat, padahal dia membuat kita terhijab dari rahmat Tuhan. Dosa-dosa batin ini sangat halus, susah dikesan dan dirasa. Orang yang secara lahirnya membuat kebaikan tetapi terhijab dari rahmat Tuhan, susah untuk dia bertaubat.
Kalau kesalahan yang lahir misalnya minum arak dan berjudi, mudah manusia mengesannya sehingga mereka dapat segera bertaubat. Tetapi kesalahan dan dosa batin sangat susah dikesan apalagi untuk bertaubat.
Cuba kita tanya orang yang solat. Bagaimana solat saudara tadi? Kalau dia kata, "Alhamdulillah " dengan senang hati dan rasa selamat dengan ibadahnya, tanpa ada rasa berdosa, sebenarnya dia sedang membuat satu dosa batin. Orang dulu walau takut dengan dosa lahir, tetapi mereka lebih takut dengan dosa-dosa batin. Di celah-celah ibadah dan kebaikan ada dosa, ada tidak beradab dengan Tuhan.
Sebab itu ada Hadis yang menyebutkan bahawa seorang hamba menjadi wali Allah bukan kerana faktor solat dia yang banyak, baca Quran yang banyak, tetapi kerana hatinya sangat halus dengan Tuhan. Orang yang beribadah kerana fadhilat, inginkan Syurga atau kerana takutkan Neraka, selalu tertipu. Hati dia rasa senang dan selamat dengan ibadahnya. Tidak risau, bimbang dan cemas apakah ibadahnya diterima Tuhan atau tidak. Ibadah orang-orang yang mengejar fadhilat ini tidak akan memberi kesan dalam kehidupannya sehari-hari. Tidak ada bezanya antara yang orang yang beribadah dengan yang tidak.
Soal rasa dan hati ini sangat sulit dan halus. Para Sahabat secara umum memiliki hati yang tajam. Sayidina Umar bin Khattab r.a. memiliki rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang tinggi sehingga begitu bimbang dengan keselamatan dirinya. Kalau dia berjumpa dengan Abu Huzaifah r.a. yang Allah anugerahkan pandangan batinyang tajam, dia akan bertanya, "Wahai Abu Huzaifah, apakah aku ini orang munafik?"
Pada kesempatan lain ia berkata pada dirinya, "Kalaulah ada penghuni Neraka yang Allah ampunkan dan beri rahmat-Nya kemudian Allah masukkan ke dalam Syurga, aku harap akulah orang terakhir yang Allah keluarkan dari Neraka itu."
itulah kebimbangan dan kecemasan orang bertaqwa. Mereka tenang dengan dunia, kemiskinan, kesusahan dan lain-lain tetapi sangat sensitif dan cemas dengan dosa-dosa kepada Tuhan. Hati mereka harap dan takut pada Tuhan.
Apa yang dimaksud dengan harap dan takut? Tanda berharap adalah dia berbuat dan tidak putus asa. Dia mengharap rahmat Allah. Tanda takut adalah dia sudah berbuat, tetapi takut dan cemas Tuhan tidak terima amalan dan taubatnya. Jadi harap itu ada asasnya. Berharap di atas perbuatan dan amalannya, dia baik sangka dengan Tuhan. Bila sudah berbuat hatinya bimbang juga, sebab yang kita buat amalan yang lahir.
Yang batin kita tidak nampak tapi Tuhan tahu. Mungkin ada kesalahan yang kita tidak sedar. Kita rasa sudah tidak ada masalah.
Di situlah perlu ada takut. Jadi takut di sini ada hubung kait dengan kita merendah diri di hadapan Tuhan. Seolah kita mengaku, Walau aku sudah berbuat tetapi tidak sempurna. Engkau Maha Tahu. Sebab itu aku takut, cemas. Aku sudah berbuat yang lahir, tetapi ada yang batin. Aku tidak tahu yang batin ini.
Adanya perasaan takut ini menunjukkan ada benda lain dalam hatinya iaitu rendah diri dan tawaduk. Kalau tidak tawaduk, tidak akan lahir rasa takut Tuhan tidak terima. Sebaliknya dia akan rasa yakin seluruh amalannya diterima Tuhan. Dia akan rasa selamat. Rasa ini menafikan rasa kehambaan. Lebih jauh dari itu keyakinan yang terlalu kuat bahawa amalannya diterima Tuhan, selain merupakan dosa batin, ia dapat menggelincirkan tauhid seseorang sebab orang tersebut merasa seolah-olah pandangannya sudah sama dengan pandangan Tuhan.
Satu jenis tipuan lagi adalah perasaan tenang dan steady dengan dosa yang dibuat baik dosa lahir mahupun dosa batin. Dia rasa tenang itu kerana dia tahu bahawa Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Mengapa ini disebut satu tipuan?
Memang benar dan tepat bahawa Allah Maha Pengasih dan Penyayang, tetapi perasaan tenang, steady dan tidak susah hati dengan dosa itu yang salah. Seolah-olah tidak perlu sungguh-sungguh bertaubat atas dosa sebab Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, dia yakin Allah akan mengampunkannya walau tidak sungguh-sungguh bertaubat.
Mengampunkan atau tidak itu hak Allah, tetapi memiliki keyakinan ini yang salah bahkan dapat merosakkan tauhid sebab sudah jelas disebut dalam berbagai ayat Quran dan Hadis bahawa Allah murka dan marah kepada hamba-hamba yang berdosa dan tidak sungguh-sungguh bertaubat atas dosa-dosanya. Perkara yang halus dan seni-seni seperti inilah susah untuk difahami kalau kita tidak ada ilmu tasawuf serta tidak dipimpin dan disuluh oleh seorang guru mursyid.
Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)