Showing posts with label baBYKHaLiFAH. Show all posts
Showing posts with label baBYKHaLiFAH. Show all posts

Monday, December 17, 2012

perihal anak =)


Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Wednesday, December 12, 2012

sLim puNya paSaL..

salam....

kata org, masa berpantang sgt bgus kalau nak buang "spare tyre" di bah. badan kta nih..
first n second week.. aku guna bekung tradisional jer.. yg bertali-tali.. lebih kurang mcm nie,


ramuan letak kat perut tu, limau nipis + kapur sireh..
then, semingu lepas tu.. aku guna serbuk tapal perut yg dalam satu set bersalin, beli dr nek mem..
org kpg panglima seman..
tpi sekejap jer guna sbb gatal..
akibat org byk bz xdpt nak pasang kan bekung ni kat perut aku..
so, aku decide nak beli yg aku sendiri bleh pasang..
then, aku jmpa la nie.. boleh di kira murah la utk kegunaan sementAra..


aku start guna 11.12.12
org cakap nak tgk kesan nya guna dalam 2bulan..
nanti tngu la ye result nya...
ni testi aku stakat nie :
mudah sebab 1suit jer, senang nak pasang wlaupun energy diperlukan ye utk masukkan part paha tu..
huhhh...
pastu senang nak buang air kecil/besar (ada lubang bawah tu)
tpi agak mcm batman la ye guna sluar dalam kat luar hihi...
x sebabkan sesak nafas, corset sebelum ni yg aku guna sgt ketat n ssh nak bergerak n bernafas...
elastic n fit kat badan.. bila guna rasa betul2 ramping kihhkihhkihh....
tapi disebabkan kulit aku ni sensitif.. bila guna yg ketat-ketat mcm ni, adalah gatal semacam..
nak SLIM PUNYA PASAL....
aku redahh n tahan jer setakat mampu...
kalau dah sebabkan kulit aku strecth-strecth dgn luka nanti, aku rela berhenti guna hahaha....

that's all from me today...
xoxo...

luv u all..
salam...

^______^

Tuesday, December 11, 2012

susu ibu =)

salam =)

entry hari ni nk cite pasal susu ibu plakk..
ermm....
al maklumlaa kan dh jdi ummi sekarang...
susu ibu tu sgt laa penting ye....!
mmg smua sedia maklum bhw menyusu kan baby, sekurang-kurang nya 6bulan pertama...
dan sebaik-baik nya bagi susu sehingga berusia 2tahun..

now, here is my story...
today hari ke 26 kelahiran daniel.. n i'm still lagi dalam pantang...
sudah 3 malam, susu i berkurangan... daniel asyik menangis sbb susu xde...
errrr......
bila tgk muka daniel, rasa sgt-sgt serba salah... sbb susu cepat habis n xde...
ada jgak try search cara nak banyakkan susu badan..
antaranya :
1. sapukan kain air panas sekitar PD
( tapi setahu i, cara ni nak cairkan susu dalam tu.. ntahla, i pun xpasti...)
2. layurkan daun sireh yang dah disapu minyak kelapa )minyak lalak) ke atas lilin.. tekapkan ke PD..
3. think +ve always!

 byk lgi i jmpa, tpi xdpt nak amalkan smua yg dijumpai...
sahabat doakan ye, mudah-mudahan i berkesempatan bagi susu ke daniel sehingga i msuk study nanti..

ni ada story sikit pasal susu ibu =)

Dari Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia bel


iau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun.

Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID

Monday, December 10, 2012

pengalaman BERSALIN *sambungan...

salam sahabat..

nahh ni plak sambungan kisah pengalaman bersalin...

at 7.30pm, nurse sorong i guna kerusi roda sambil berkaki ayam.. selipar/kasut tinggal je di katil..
xpayah bawak ye ke labour room...
masa tu, perut i dah memulas-mulas... sakit giler-giler... xdpt nak ceritakan rasa sakit tu...
kebanyakkan org cakap sakit macam period pain, sengugut... but bagi i, it's more than that...
emmm, mcm mana nk cakap ye rasa tu.. xpandailaa nak cakap... nti kmu sendiri rasai la ye.. hehe...

arrive di dalam labour room, bwak hp (MESTI ye utk contact baba) heehehe.. then trus sms baba suruh dia pg ke kaunter labour room tingkat 4, isi borang HUSBAND FRIENDLY tu...
dahlah baba tyme tu boleh plak x angkat fon, berkali-kali i call dia..
sampai call my mom yg berada di rmh, suruh my mom bagitahu kat baba yg i dah msuk labour room.. rupa-rupanya baba tgh solat di surau hospital...
masa dalam bilik tu, masa i dihabiskan dgn mengerang kesakitan.. ditemani baba..
doctor keluar masuk tgk i.. bila di check bukaan rahim.. still lagi 4cm...
lamaaaa sangat rasanya nak tngu buka sampai 10cm...
smpai jam 12tghmalam bukaan rahim i belum jgak smpai 10cm..
then, sorg doctor tu tgk i kesakitan kot, then he suggest nak ubat tahan sakit x..??
mind i yg tgh sakit tyme tu, mmg confirm-confirm la i nakk kannn....?
pastu doctor tu cakap, nak yg pil ke injection.. i fkir, kalau pil i penat lagi nak telan..
so i pilih injection, nurse yg inject i cakap, ni akan sbbkan mengantuk sedikit..
i dah x kisah dah tyme tu, i rasa nak redakan jer sakit tu then deliver baby normally...!
punyalah lepas injection tu, i asyik tidur jer... bangun hnya tyme sakit datang...
bila i try teran tyme sakit tu, nothing happen....!!
bidan dgn muka mengantuk, skali dgn i mengantuk sama, buat muka boring...
sementara tngu buka 10cm tu, boleh lgi bidan tu tidur kepala letak atas meja..
doctor datang check pun skejap-sekejap...
dalam masa yg sama, i asyik dgr jer bilik sebelah-nyembelah bising dgn bidan, nurse n doctor nyaa suruh org tu pushhh.....!! pushhhh.....!!
yg bidan i xde plak mcmtu... huhuhhhhh!
tyme bidan suruh push tu, dia sorg jer yg jaga i tyme tu.. i nak pushh dah x bermaya dah...
n xde semangat...
tpi i still kuatkan diri try pushhh....pushhhh baby tu keluar...
still no result...

dipendekkn cerita...
ada laa doctor ppuan sorg tu, datang check i.. marah-marah kat i knpe i still x deliver lgi..
org lain yg masuk sama i smuanya dah deliver... masa tu, rasanya dalam pukul 2pagi kot...
baba tyme tu keluar dr labour room p jmpa irfan (adik) yg masa tu tngu diluar.. stay sama baba..
sangat-sangat down bila doctor tu marah.. then, i try push lagi...
doctor tu tngu situ tgk kepala baby still xmo keluar..
dia cakap, u ni...! x pandai teran ka hah??!! u buat baby tu masuk dalam lagi baa... bukan suruh keluar... u ni salah cara teran....!! mana ada teran mcmtu....!! u buat jantung baby mkin lemah bh...!
then, bidan tu pun menyampuk dgn muka mengantuk dia tu,
"mmg lah doctor... kalau tak, tadi dah dia deliver baby tu..."
then bidan tu tnye i, " u ikat rambut ke? "
then i jwb "yup.."
dia kata lgi : " buka kan, tu pantang org tua kalau nk bersalin x boleh ikat rambut..baby xmo kluar.."

omg..!
feeling i masa tu rasa nak nangis jer, tpi i kuatkan hati jgn menangis.. nanti makin terok keadaan...
then i ask that bidan n doctor...
"so, macam mana la nak teran...?? " sambil buat muka kesian n lemah longlai...
stupid question right..! ahakkksss....!
i tnye betul-betul laa, i nak tahu kalau i salah teran.. x pandai teran...
then, ajar lahh i macam mana cara nak teran.... (my mind said!)
doctor tu jwab bila i tnye mcm mana tu...
dia jawab : " teran macam u teran nak berak sendat lahh!"
then my mind answer!!
"macam nie laa i teran bila nak berak sendat!!!"
(dalam hati ni tau, still respect dia sbgi doctor x berani nak tengking balik.. baik kan i..? hihi...)
then dia cakap lgi, alamakk u ni... salah laa cara u ni...
i tyme tu mmg dh teramat lemah dah..

then, another doc plak dtg... with that annoying doctor yg marah-marah kat i tdi...
she said : " ooo u xpandai teran ye.. but i tgk kepala baby u nie pon still jauh jaraknya nak kluar.. but u sudah buka 10cm bah.. x boleh biar lama-lama.. u kena bg kerjasama, try teran lgi.. "
pastu i teran...teran...n teran... still baby xmo klua...
then doc tu cakap, "ur baby punya kedudukan problem jgak ba.. "
(utk pengetahuan smua, dalam entry sebelum ni ada mengisahkan bhw kedudukan baby i dalam perut lebih kepada sebelah kanan.. so perut i yg sebelah kiri sgt-sgt berasa kosong..xda isi...)
sbb tu kot kepala baby still jauh jarak dgn pangkal rahim i..
kalau keluar pun, doc tu cakap mybe baby kemungkinan besar boleh lemas..
then, doc tu pun decide..
"u akan di vakum ye..."
pastu, doc annoying tu plak jwb.." kalau di vakum pun still xdpt, coz dia xpandai teran baaa.."
bidan jwb " yalah.."
finally, they decide... "awk akan dibedah ye.."

by that tyme, i sempat lagi sms/call my mom n baba, cakap yg i akan dibedah..
i suruh baba pergi ke tpt dewan bedah di bangunan sebelah, bhg hospital baru... (org srwk tauk li)
tyme nk tukar pakaian utk ke bilik bedah,  sempat lgi bidan tu marah kat i.. sbb rambut pjg..
pengikat rambut i dkt baba, so xdpt nak ikat rambut..
then bidan tu try msok-msok kan jer setakat mampu dalam skaft kepala sambil baring..
dalam masa sejam macam tu la kot, lebih kurang dlm pukul 3am mcmtu..
then baru nurse sorong katil i pg ke dewan bedah..
masa tu, hp n tudung dh "dirampas" dan disimpan nurse..

*****didalam bilik pemedahan******
exchange katil, then first skali nurse tu injection bhg tulang blkg i, area tulang sum-sum kot..
nsib baik kena skali jer injection bius di blkg tu, sbb ada certain org smpai kena berkali-kali..
n rasa dia inject blkg tu sakit lgi drpd di inject kat tangan..
then, diaorg pasang urine catheter di pundi kencing.. (agak sakit jgak la, ngilu... )
pastu diaorg pasang tabir utk menghadang muka i nmpk apa yg diaorg buat dkt perut i..
hidung i dimasukkan tiub sumthing mcm pakai bernafas ke? ntahla...
tangan i dilentangkan, seolah-olah membentuk huruf T mcmtu la...
semasa pemedahan berlaku, i samar-samar...
antara sedar dan tidur..
mmg xde rasa sakit apa-apa, sbb dibius laa kan.. but, tyme goyang-goyang sikit tu.. ada la rasa...
ada part last-last tu, doc tekan-tekan dada i.. berkali-kali kot... kuat sgt...
tekan seolah-olah mcm nak suruh i bernafas.. mcm cpr tu.. hahh, yg tu i dpt rasa...
bius tu separuh badan jer, sbb tu dapat rasa...

at 5.08am FINALLY, my BABYKHALIFAH selamat dikeluarkan =)

nurse tu pergi ke sebelah i, tnjok kan kat i jantina dia..
she ask "nampak x? apa jantina dia?"
then i answer "a'aa nmpak, lelaki..."
dia bagi i cium anak i =) 
then bleh pulak i tnye nurse tu, "berapa berat dia???"
ahakkkksssss....!!!! spontan kluar kot, dr mulut soalan tu.. i tnye pun sbb i tgk baby i kcik sgt hihi...
then nurse tu cakap : "adakah tanye brapa berat dulu, niee tnye laa anak sihat ke x.. normal ke.. "
hahahaha, i terdiam n hnya mampu tersenyum malu...!
pastu nurse tu bawak baby ke satu bilik dalam katil bertutup tu..
xnampak lgi dh apa dia buat dkt baby tu huhuhu...
x lama lepas tu, badan i mengigil kuat.. mcm org kesejukan sgt-sgt...
i tnye nurse situ knpe dgn badan i???
dia jwb mybe awk sejok kot.. tpi i xde rasa pun sejok tu... itulah yg peliknya...!
 keluar dr dewan bedah, i nmpak baba duduk tgh tngu i...
i dalam keadaan mengigil, senyum melihat baba.. t
hen baba cakap dia ada tgk baby tadi sekejap..
tpi nurse cakap x boleh dekat n pgg...
then baba cakap nak azankan baby pun nurse tu x kasi..
tapi baba sempat berbisik jer azan di tepi katil sorong yg bertutup tu...
selepas tu, i dihantar ke satu ruangan..
utk di kuarantin kan, dan di buat beberapa test..
masa tu, i tidur so x tahu apa yg berlaku...
habis org tu buat test, dia bangunkan i.. n cakap i akan dihntar ke wad..
masa tu dalam pukul 6am, ada laa i jmpa my mom di katil wad sbb wktu melawat..
setiba di katil wad, exchange katil lgi.. n then tkr baju wad (pink.. yg tdi wrna putih)
n nurse pasangkan pad/modes.. rasa sangat-sangat kekok!!!
tapi apa bleh buat, tyme tu langsng x berdaya.... =(
then my mom nak bagi bubur, trus nurse tu larang..
sbb after czer/bedah, kena puasa selama 6jam x boleh mkn n minum laa i...
dahlah semalam-malam i lapar kehabisan tenaga meneran n menahan kesakitan...
sabar je laa... hehe...
tghari baru boleh i mkn...
masa tu baby blm dihantar lgi ke i.. ptg baru nurse tu hntar baby i...
story tyme nurse tu hntar baby kat i, lain plakk cerita..!
ada plak tyme dia hntar tu, dia cari tag di tgn n kaki baby..
TAK ADA...!
bukan main panik lgi muka nurse tu...
i lagi la terkejut tyme tu...
boleh plakk tag tu hilang...
jgn-jgn anak org lain dibawak nya...!
then dia tnye i, "betol ke ni anak u...?"
i tercengang jer, "hah..? "
my mind said "manalah i tahu betol ke tdk, i dibedah tgk sekejap jer muka baby i.. mana ingt lagi dh"
then tgk kad hospital di atas katil baby, betol nama i...
tapi dkt baby tu, boleh plakk xde...! geram btol laaa!!
nurse tu turun ke bawah ke nursery cari tag tu..
xlama lepas tu ada nurse lain plak dtg tnye.. i cakap baby i xde tag..
then dia senang-senang suruh kwn dia ambil tag baru dan labelkn nama i.. letak di kaki baby...
wah, senang nyaaa dia buat mcmtu... i redha jer la... lgipun i tgk baby tu mcm muka i..
so i confident la tu anak i... then, tyme melawat i ask baba.. baba ingt kan muka baby, btol x ni baby kita...? then baba jwab, a'aa betol la nie.. then, baru i lega n bertambah confident...

bermalam di hospital selama 4hari 3malam..
n utk pengetahuan u all, spjg masuk wad tu baju hospital tu akan sentiasa ada darah sebelum n selepas bersalin... (xdpt nak control darah tu klua)
sebelum ni tgk org yg baju berdarah-darah mcmtu confirm dalam hati cakap..
ee,geli laa...pengotor laa... 
then, sebagai persediaan sesiapa yg nak msuk wad tu.. ready2 la bwak pad/modes sendiri dulu...
kalau x pun, bwak seluar dalam extra utk keselesaan sendiri...

hari last nak keluar, barulah bandages jahitan di perut tu dibukak n di spray (dibersihkan)
jgn terkejut ye tgk ada benang yg tebal berwarna biru/hitam berikat di situ hihi...
exactly mcam baju dijahit...
hari ke 7 barulah jahitan dibuka di klinik kerajaan...

utk cepat baik bhg jahitan tu, sapu minyak daging mukmin..
utk bagi luka dalam cepat baik, minum pati ikan haruan.. kalo ada ikan haruan fresh lagi bgus.. =)

itulaa kisah lahirnya putra kami, PUTRA MUHAMMAD DANIEL =)

 hari pertama daniel =)



 
 





Sunday, December 9, 2012

pengalaman BERSALIN ^______^ !

salam sahabat =)

on this day, baru ada *MOOD* nak update blog nie...
btw, before nie pon actually bzy dgn *BERPANTANG* n melayan kerenah si CHUMEL DANIEL...
hehehehehe...

who's DANIEL....??

here is the story of my newborn babykhalifah!

on 16.11.12
at 5am in the morning, i wake up earlier that day!
pagi-pagi biasalah kn, msti p singgah membuang air kencing (kemeh bh kata urg srwk)..
then, tgk2 there's some blood..!
so, i panikk bercampur excited...
p jmpa baba di bilik, n ckp kat dia...
"baba!, it's today...!"
baba dgn muka mengantuk, "ahh? knpe?"
i : "ada darah la baba.."
baba : "g hospital skrg ka?"
i : "eee... awal lgi... sakit2 still blm ada g.."
baba : tarik nafas lega "huhhh, owhhhh..."
pastu baba bersiap laa turun nk p surau solat subuh berjemaah di surau kpg..
sementara tu, i g bgnkan my mom... n bgitahu everything...
my mom pun panik semacam n trus bgn bersiap n pasang jubahnya...

at 8am arrive at hospital umum srwk..
g tingkat 4, labour wad.. tngu turn utk pemeriksaan...
first, di kaunter i trus suggest nak doctor perempuan, n tnye boleh x husbnd ada tyme bersalin..
then, nurse cakap boleh request utk doc ppuan,
but some how.. kena fhm la ye sbb kdgkala keadaan x mengizinkan.. so terpaksa jgakla doc lelaki...
mengenai husband tu, YE BOLEH husband ada masa bersalin tu..
juz sbelum masuk tu, husband kena isi borang HUSBAND FRIENDLY di kaunter..

procedure sebelum di admit msok wad...
first, doc akan check denyutan jantung baby n berapa kali baby mengeras ( baby contraction)
procedure ni agak lama jgak la mengambil masa dlm 30min-1jam mcmtu kot rasanya..
sbb rasa lama sgt baring tgk monitor tu.. boring sgt2, nsib baik bawak hp leh msj2 dgn baba..
after that, doc tu akan soal kta sepanjang prenancy ada apa2 masalah or x..
story mcm2 lgi la utk dia jdikan rujukan, then i ckp la i anemia during prenancy..
i tgk je doc tu tlis di kertas, pjg berjela-jela story essay mengenai i..
pastu, doc tu check bukaan pangkal rahim.. that tyme, belum buka lgi..
sakit perut dah ada tpi x lah sekuat mana... juz like senak-senak..
lepas tu, tunggu turn lagi dipanggil doc lain..
utk ambil darah n scan baby.. ( doc ukur-ukur pjg anggota bdn baby, utk anggaran berat baby)
selepas tu, tunggu turn lagi utk dipanggil nurse kaunter..
nurse tu akan panggil husband kte utk pergi ke kaunter bawah level 2 daftar masuk wad..
lepas husband naik atas bawah borang n other document, nurse tu isi detail kte..
barulah dihantar ke wad diiringi nurse bertugas..
fyi, katil i no.1 di labour wad.. so sesiapa yg dtg n pergi pasti-pastinya akan nmpak i dahulu hihi..
(x best tau!)
tapi keistimewaan dok dpn skali..dekat dgn meja nursedoctor, dekat dgn tandas la sikit, n tpt air minuman.. so, xpyah ssh-ssh bwak botol air pns (plus air pnas bah)
after husband hntar ke wad, tinggal laa i sorg-sorg di atas katil tu, my mom tngu luar wad jer xboleh masuk dalam sbb bukan wktu melawat.. then, my mom balik la rmh.. husband tinggal sorg-sorg di luar wad tunggu i takut apa-apa terjadi.. masa melawat tghari plak, husband stay la dalam jmpa i..
that tyme, perut i dah sakit teramat-amat sangat, darah keluar banyak sgt-sgt..
range sakit tu dtg dlm 10min..  muka i dah pucat kot tyme tu,
husband nasihat n cakap sabar berkali-kali.. kcian jgak dia tgk i tyme tu kot, x tahu la hihi...
after masa melawat tamat, doc check lagi bukaan pangkal rahim i.. dia ckap baru 1cm..
my mind said, hahhhh! baru 1cm, sakit dh teramat sakit dh nih..
pastu doc biarkan jer dulu i di katil.. mengerang kesakitan...
x lama lepas tu doc sorg lgi tgk i kesakitan, dia tnye gap skit tu dekat-dekat ke x..
i jwbla yup.. masa tu i fkir cepat-cepatla bukaan rahim tu bukak... nak tngu smpai 10cm kot..
ingatkan kejap nak buka smpai 10cm tu.. huhh, lama jgak...!
third tyme doc check bukaan, dah 5cm.. dah boleh dihantar ke labour room doc tu ckp..
masa melawat ptg pun tiba.. fmly i dtg tgk muka i mengerang kesakitan...
i asyik cakap kat my mom, sakit...sakit... my mom cakap mmg macamtu la sakit nak bersalin..
sabar, bwak mengucap byk-byk.. selawat... then i cakap kat diaorg, after this i akan dihantar ke labour room sbb dah buka 5cm.. x lama lepas tu, doc sorg dtg utk check bukaan rahim.. dia cakap, still 4cm.
tu yg pelik nya, sbb doc sblm tu cakap dh 5cm, dia pulak cakap 4cm.. i pun xfaham... huhu...
habis masa melawat pukul 7mlm..
then nurse pun cakap ready, lepas ni nak dihantar ke labour room...

* stop setakat di sini dulu yer.... BERSAMBUNG.... kisah berada di labour room plakk...






Friday, July 13, 2012

simpton bakal menjadi walid ^____^

assalam sahabat..

hehe, bila tgk pic yg di kumpul dr zauju...
aku tersenyum sendirian..
aku tahu si dia teramat gembira mendengar berita bahawa aku mengandung..
saat tu, aku baru masuk semester 2..
kebetulan waktu tu baba belum bertolak ke yaman..
sebelum mengetahui berita itu pun baba dah menunjukkan
simptom-simptom nya untuk menjadi walid...
mengajak ke ruangan bayi lah bila shopping..
bermain dgn bayi org..
hehe...
seronok bila tgk si dia gembira ^_____^
antara pic tersebut...
dan banyak lagi =p

***********************************************************************

















Wednesday, July 11, 2012

kes penipuan!

salam shbt :)

semalam sorg shbt ana meluah perasaan nya kpd ana, mengatakan bhw dia tdk tenang dan ada org mengangu nya melalui telefon. lepas tu, ana suruhlah dia ceritakan.. dipendekkan cerita, bhw hari ahad tersebut lelaki tu call mengatakan dia memenangi cabutan bertuah power root.. bernilai Rm5000 (woww!! byk tu kan) pastu dlm masa yg sama utk mendapat hadiah tersebut doa perlu memasukkan wang RM5000 ke akaun pihak mrk dan akan diberi balik cek gabuangan duit tersebut dgn duit kemenangan bernilai RM10000. org power root tersebut sentiasa dlm talian. dia xputuskan pn talian, hebat kan?? hihi.. in order to get money, smua sanggap buat apa jer.. pastu slepas dgr cerita dia, ana pn mengatakan ke dia bhw rasanya dia ditipu sbb kalau minta duit tu comfirm2 kes tipu!! pastu kte pun direct laporkan ke bank islam di uitm sini jer.. then, pakcik bank islam tu arahkan kmi g buat laporan polis.. part laporan polis tu lah dugaan amat sangat!! dahlah baru balik kelas, pastu kena g balai polis segera buat laporan... diuji lgi dgn dugaan mencari tpt solat.. agak jauh lah berjalan utk ke masjid... bdn semkin lemah krn tyme tu blm mkn jgak lgi... kesian babykhalifah ummi.. akhirnya laporan polis tu tamat pd pukul 10malam baru balik ke uitm.. sangat penat.. esoknya ada pulak test osha.. insyaAllah ana pasti ada hikmahnya... kepada sahabat ana tersebut, jgn bersedih hati lgi yeee... n jgn lah merasa bersalah sbb bawa ana temankan.. ana ikhlas temankan.. jgn risau keyh hehe... syg awk krn Allah =)

bERakhiRNya minggu fnal exam =)

salam sahabat :)

semalam adalah final paper semester 2 utk medical lab tech...
alhamdulillah!
merasa teramat lega sesudah selesai jalani ujian sem nie..
mulai hari ini ada lah wktu, utk aku luangkan menulis blog ni balik..
mulai hari ni jugak aku akan tambah label baru didalam blog ku...
diary (ruangan lama utk aku ceritakan kisahku)
kini akan ditambah ruangan utk aku ceritakan pengalaman ku first mengandung hiihihi..
mybe entry dlm ruangan ini jgak ada aku msukkn dlm ruangan diary,
memandangkan ianya diary kehidupan ku lah kan..
sebelum ni pun dh ada post yg aku ceritakan mcm mne aku tahu yg aku first pregnant dulu..
bleh refer entry lama keyh hehe...
nak letak nama apa ekkk..? ermm..
entry babykhalifah keyh...?!
ohh i like...hihi....
welcome to babykhalifah entry...

*sekarang babykhalifah dah berusia 5bulan 2hari dalam rahimku =)


Saturday, March 31, 2012

info syariah utk ibu mengandung..

assalam..

antara amalan dianjurkan utk ibu yg hamil ialah berzikir mengingati Allah SWT serta perbykkn membaca al-quran. ia boleh memberi ketenangan pd jiwa n kesan positif kpd babykhalifah dlm kandungan. 

Allah SWT berfirman dlm surah al-Ra'd ayat 28 :

"org yg beriman dan hati mrk menjadi tenang dgn mengingati ALLAH. ketahuilah hanya dgn mengingati ALLAH, hati menjadi tenang."

PETUA-PETUA DIAMALKAN OLEH IBU MENGANDUNG ADALAH MEMBACA SURAH-SURAH PILIHAN iaitu :

1. surah Yusuf = utk memohon anak yg cantik rupa dan akhlak.
2. surah Luqman = utk memohan anak yg cerdik
3. surah Maryam = utk memudahkan bersalin
4. surah Yasin = utk memohon anak yg tegus hati dan tdk terpengaruh dgn maksiat.
5. surah Al-Hujurat = utk membykkn susu ibu.

Friday, March 30, 2012

NEW HOT STORY....!!

assalam...

alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, 
beberapa minggu lepas diri ana merasai sesuatu kelainan..
ermm,
nk ckap lain sgt tu xlah kan..
tetapi lain lah hehe..
for the first tyme,
ana lambat period..
then ana rasa curious lah kn,
sbb sblm ni ana is a healty women cehh....!
hehe..
mksdnya xpernah lgi la lmbt period, cepat lagi lah ada hehe..
then hari ke 4 ana xjgak dtg2 period...
ana ajak kwn ana afza,
pg ke area fasa2 puncak alam
bli prenancy test..
ahakkss...!
punye lahh malu bli benda tu..
hehe..
cari d farmasi xde plak jmpa farmasi..
last2 pg beli d klinik berdekatan jer..
hehe..
keesokkn paginya ana test dgn early morning urine ana..
then..
there is 2 red strip...!!
ohh god..!
that means POSITIVE OK..!
hehe...
first excited sgt2..
tpi tkut jgak la alat tu salah hehe..
try cuba tenang kn diri..
ok afyqh..!
cool keyh..
jgn excited dulu..
hehe...
cakap dgn diri sendiri jgn excited dulu, tpi tgn cepat2 cari iphone..
msj dgn baba n cakap yg ana PRENANT...!
HAHAHAHA....
xtahu lah mcm mana reaksi baba tyme tu, sbb x dkt depan mata kan..
ana pasti baba melonjakk gembira..
memang dr dulu lgi baba nak kn babykhalifah...
tpi blm ada rezeki....
nsib baik pernantian kami berdua x berpanjangan lamanya spt pasangan lain..
pernantian kami utk babykhalifah cukup setahun..
alhamdulillah..
bersyukur sgt2..
bakal tiba ke dunia babykhalifah kami..
moga ini nikmat terbaik yg ALLAH kurniakan kpd kami...
maka kami termasuk orang-orang yg bersyukur..
alhamdulillah...
semoga dipermudahkan dalam mendidik bakal khalifah di muka ini...
mungkin kami pernah gagal dahulu kala..
tpi kami xkan biarkan babykhalifah kami gagal dlm perjuangan hidup meraih keredhaan illahi..
insyaAllah kami akan usaha sebaik mungkin..
mohon doa nya ye sahabat2..

*sayang babykhalifah ummi yg skrg dh berusia 7minggu...!

Thursday, July 7, 2011

Bagaimana Wardina mendidik anak solat 5 waktu

Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

MALAIKAT kecil

terkenang pengisian yg pernah disampaikan oleh adik as, junior DIS wktu di surau gading... cerita MALAIKAT KECIL inilahh, heheheh... ana suka cerita nie,tu yg post kt blog... bleh baca lgi dan lagi dan lagi hehehe.... 


jom hayati bersama ======>


“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!
Wassallam

Sunday, June 19, 2011

baBYKHaLIFAh ~

salam shbt2 sekalian...
rasany lmak dh ana xupdate blog nie,hehehe...
bkn apa,agaklah bz bla dh berumah tnga skrg...(shbt2 bla lgi...?? )
dh pndai dh memasak sikit2 skrg nie,yg basic2 lh...
alhmdulillah~
jg anak buah kdgkala, rasa ny tu blh jdi praktis kot bla dh ada BABYKHALIFAH nti,hehehe...
wow BABYKHALIFAH..??? msti owg ckp xterlalu awl sgt ke??
hehe,bgi ana NO HAL lah kalau dh da BABYKHALIFAH...
cuma skrg nie,ana kena ready lah cara2 nk didik BABYKHALIFAH dr dlm perut lgi...
(tp blom ada lgi lh,hihi)
nk mcm adik DARWISH n DARWISYA (knl x..??) -------> (kanak2 yg hafal surah dr umur 3thn lgi)



semoga Allah permudahkn kami dalam mendidik BABYKHALIFAH kmi nti,
dan mudah-mudahan rancangan kmi buat masa depan BABYKHALIFAH  kmi nti diperkenankan..
*sahabat2 tlg skali doakn ye buat kmi,AMEen~~