Thursday, October 15, 2015

Deen atau Dean?

Deen atau Dean ?

Ha, tepuk dada semua yang mana kita kejar yang mana kita cari? Kenapa sebab utama kita nak belajar ?

Nak jadi seorang yang berjaya kan? Bahagiakan ibu dan ayah.  Tapi kadang-kadang ada jugak yang tak hargai bila dapat sambung belajar. Kenapa aku cakap tak hargai peluang tu? Sebab ada yang belajar sambil lewa main semendang.  Korang kena fikir mak ayah korang cari duit nak sara korang untuk makan pakai dengan buku semua. Hargai lah anak-anak sekalian.

Ok, drop hal yang tu. Sekarang kita ni tanya diri belajar atas sebab nak lulus atau belajar kerana Allah. Belajar tu jihad tau. Sebab apa? Sebab belajar tu kan menuntut ilmu.  Menuntut ilmu tu kan penting, menuntut ilmu kan ibadah. Tidak kisah la apa pun bidang yang kita ceburi asalkan dah namanya menuntut ilmu ianya mulia disisi ALLAH.

Kenapa dean atau Deen? Lecturer aku sendiri pernah cakap masa dalam kelas. "kamu semua ni buat otak kamu macam pendrive kan? Bila dah habis je exam terus delete ilmu dan restore ilmu yang seterusnya dan berulang hinggalahlah habis sem" Bila terfikir balik memang tu la yang pelajar pelajar buat. Subjek-subjek yang lepas tak perlu nak ingat dah fokus untuk sem seterusnya pula.

Tu tandanya kita ni belajar setakat nak lulus nak dean list sahaja tapi tak nak capai yang deen tu. Kalau kita nak capai yang Deen tu kita apply apa ya kita belajar. Seseorang yang berilmu tidak akan siakan ilmu dia.  Lagi satu bila kita terlalu kejar Dean list sampai lupa nak kejar dan pegang  Deen,  kita jadi pelajar yang hanya pergi kelas balik kelas makan tidur tiada pembentukan akhlak yang mantap.

Korang pernah dengar? makin tinggi belajar makin tidak beradap . Sebab apa? ilmu tu tak digunakan . Sibuk dengan ilmu dunia sampai kita lupa nak jaga akhlak dan jaga hati orang lain. Bila kita redha ALLAH kita akan dapat apa yang kita nak. 

Put ALLAH first and you will never be the last.  Ada satu equation yang simple je tapi bermakna ok.

1= Allah 0= dunia

0/1 =0          Bila kita letak dunia dekat hati letak dunia dulu sebelum Allah kita tak dapat apa.

1/0 = ∞       Bila kita letak Allah yang utama kita dapat infiniti means happiness endless.

so , korang faham kan kenapa kita sebagai hamba kat muka bumi ni apa pun yang kita buat mesti niat kerana Allah. Bila kita buat sesuatu kerana Allah insyaAllah dipermudahkan. Study senang masuk. Bila tengah study tu kalau dah masuk waktu solat dulu. Even masa tu la masa tengah semangat nak study tapi dulukan yang aula.  Bila kita dulukan Allah dalam segala perkara nanti lepas solat tu senang masuk dalam otak ataupun masa exam agak-agak tengah buntu tiba-tiba macam dapat Recall apa yang lecturer ajar , apa yang lecturer cakap kalau tak pun teringat slide sikit-sikit. Tu tanda Allah bantu !

akak akak & abang abang sekalian termasuk adik-adik yang nak exam tu, korang betulkan balik niat korang belajar sebab apa, nak berjaya sebab apa.  Mak long aku ada pesan dekat cousin aku bila bila dia cakap " mak long kat sana doakan kitaorang dapat  5A tau "
dia cakap " Kenapa nak dapat 5A? Jangan sebab nak menunjuk tau nanti tak berkat masa nak hafal. ingat kita ni nak berjaya sebab Allah doa selalu kat Allah bila niat dah betul. InsyaAlla , Allah bantu. 

Jadi yang utama jaga solat , jaga hati mak ayah, jaga hati cikgu tau"
Bila dengar tu terkesan tau selama ni aku belajar nak kejar dekan semua tu aku betulkan niat tak. Sentap sendiri. Nasihat yang padat dan ringkas. Nampak kan dalam menuntut ilmu kita kena jaga hati guru yang mengajar kalau tak ilmu tak berkat.

Lagi satu, banyak student alami masalah susah nak faham susah nak hafal. Aku pun hadap benda yang sama. Kadang tu rasa give up sangat. Sebab tu kena check hati kita. Hati kita bersih tak? Bila kita tengah proses menuntut ilmu tapi tak jaga hati tak jaga mati mana nak terang hati tu. Memamg la jadi susah sikit nak hafal semua. Haish part ni yang deep ni.

Sebab tu la korang tengok eyh tahfiz and tahfizah kenapa diorang bila menuntut ilmu diorang jadi mudah faham dan ingat sebab hati diorang terang sebab diorang dekat dengan al-Quran. Yang kita ni kalau nak bukak al-Quran sehari pun susah macam mana nak terang hatinya dengan ayat suci al-quran tu. Sebab tu la lepas solat je baca . Hari-hari doa minta diterangkan hati dipermudahkan belajar.

"Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau wanita yang ingin dinikahinya , dia akan mendapatkannya."

Ingat niat tu macam surat kalau salah alamat salah la destinasinya. Sama macam niat kita kalau salah niat bukan kerana Allah lari la dari track sebenar tak sempurnalah amalan tu.
jadi, jom la sama-sama kita kejar Deen dan Dean. Bila kita gengam Deen insyaAllah Dean kita mampu capai.  Jangan belajar dengan rasa takut jatuh tapi belajar dengan rasa kita nak berjaya.

Sedikit input aku nak share dengan korang dari apa yang disampaikan Ustaz Pahrol.

Study smart v study hard.

Allah tidak menilai effect tapi Allah menilai effort korang . Allah tidak nilai kamu dari segi dean list atau tidak tetapi Allah tengok kita pada usaha.  Allah tidak menciptakan manusia itu bodoh , tetapi Allah cipta kebijaksaan berbeza. Jadi atas masing-masing usaha nak ubah diri.
jadi, jom la sama-sama kita kejar Deen dan Dean. Bila kita gengam Deen insyaAllah Dean kita mampu capai.  Jangan belajar dengan rasa takut jatuh tapi belajar dengan rasa kita nak berjaya.

-MrTheAllShared-

Terima Hakikat!

Kadang kala kita tidak layak
Bertanya kenapa dan mengapa,
Kadang kala kita merasa tidak adil
Terhadap kehidupan ini,
Tapi semua itu hanyalah lakaran
Bagaimana kita mencorakkan perjalanan ini..

Mungkin kita merasai keluarga lebih penting, dalam masa yg sama kita tak endahkan saja mereka..

Mungkin kita merasai sahabat lebih penting, kerana mereka memahami kita. tetapi saat kita kesusahan padahal mereka pun hadapi masalah mereka sendiri dan secara langsung tak mengendahkan kita.. Hanya lah peneman disaat gumbira..

Dengan itu,  hargailah mereka dimana sahaja anda berada.. Kerana mungkin saat mereka memerlukan kita tiada, dan saat kita memerlukan mereka tiada..

Kau SahabatKu?

Selalu kita dengar orang jahat sokmo gaduh dengan orang baik baik . Orang jahat gaduh dengan orang jahat .

Hmm. Nak tahu tak kisah tentang orang baik baik 'gaduh' dengan orang baik baik ?

Cuba singkap sirah para sahabat  Rasulullah SAW . Bukan gaduh sebenarnya cuma berlaku salah faham antara para sahabat tentang pelaksanaan hukum Qisas terhadap pemberontak yang bunuh Sayyidina Uthman Bin Affan . Masing masing punya ijtihad tersendiri , sedangkan masing masing lebih senang dengan keputusan berdamai daripada memilih untuk berperang sesama sahabat . (Carilah cerita ini , seriusly boleh buka mata hati kita untuk lebih bersangka baik dengan sahabat kita :) )

Dalam persahabatan, selalunya memang akan ada salah faham yang tidak diingini berlaku. Dan masing masing punya 'alasan' tersendiri bagi sebarang tindakan seterusnya yang diambil . Something that is really complicated to reveal by words.

Mulalah ada yang terguris hati , kerana memang hati insan ibarat kain sutera , tercarik sedikit mudah tercarik, terkoyak . Rapuh . Tapi , kita tidak boleh ikutkan sangat hati kerana jika sama sama telah terguris , jangan sama sama terus berpaling tadah , sudah tidak mahu contact . Malas nak fikir . Unfriend , blocked . Ya , memang tidak dinafikan bahawa jika itu lebih baik untuk hati , maka buatlah . Namun ukhuwah kerana Allah itu terlalu manis untuk kita 'padam' terus . It's up to you then .

Jasad mungkin berjauhan ,walhal dalam hati dua dua saling rindu untuk bertemu . Walhal masing masing memendam rasa sedih dan dukacita  sendirian  . Walhal masing masing saling mendoakan kebaikan . Ego yang membentengi diri itu , boleh jadi kerana masalah hubungan kau dengan Tuhan .

Yap . It takes time . Tapi jangan lama sangat . Bimbang yang disayang itu akan 'hilang' selama lamanya .

Kalau kau dah jumpa sahabat sejati , 'pegang' dia erat erat . Bukan nak suruh selalu berkepit sana sini , tapi kalau boleh terus dan terus berdamping dengannya .

Walau jauh di mata , biar dekat di hati .
Jangan pula biar yang dekat itu , semakin menjauh .

Nak pilih kawan ibarat pilih nak dekat dengan penjual minyak wangi atau tukang besi . Kita memang akan dapat tempiasnya . Pilihlah , yang buat kau makin dekat dengan Allah . Tapi jangan pula kau tinggalkan mereka yang masih dibuai mimpi .

Sahabat sejati sukar dicari .
Sahabat yang sudi tegur depan depan sukar nak jumpa .
Sahabat yang selalu mendoakan itu rare .
Sahabat yang bersahabat bukan kerana kepentingan diri itu cuma satu dalam seribu .

Marilah kita bersahabat , sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat bersahabat.

If you have a reason doing such thing, then you should know that I had it too.

This love is just for the sake of Allah's love .
Not a selfish .

Hurting you ,
Is like hurting myself .
The pain makes me wandering here and there , wondering why and big Why? Makes heart keep worrying, thinking of what should I do to close the gap back ?

Yes .
I'm trying .
And I really mean it .

Fi Hifdzillah .

Sahabat ,
Di antara berjuta bintang .
Ada satu yang paling terang .

Kau ,
Antaranya .

Biji selasih daun selasih .

Terima kasih .
Terima kasih .
Terima kasih .

Syukran jiddan 'ala Kulli Hal .

<3

Wednesday, October 14, 2015

Nak kerja apa nanti Anakku?

Kata Syed Qutb,

"kerja dakwah bukan soal minat atau tidak, suka atau tidak, bukan soal kerjaya, bukan soal ada potensi dan bakat. Tapi kerja dakwah ialah lambng keimanan kita lemah atau kuat. Jdi di situ kayu ukurnya. Sejauhmana perasaan nak berdakwah itu bergelora pada jiwa sang da'i, sejauhmana rasa peritnya melihat keadaan ummat. Da'i yg terpadam rasa nak berjuang ialah da'i terpadam padanya api keimanan. Tiada dakwah bererti iman lemah"

Aku Pendosa!

Sehitam mana pun sejarah kita dulu.
Sejahat mana pun kita pada suatu ketika dahulu.
Sejahil mana pun kita dahulu.
Ingat.
Cahaya hidayah ini punya milik Allah.
Allah tak pernah pandang siapa kita yang dulu.
Allah pandang bagaimana hati kita sekarang.
Kerana Allah itu punya sifat
Ar-Rahman, Yang Maha Pemurah.
Ar-Rahim, Yang Maha Pengasih.
Allah boleh beri cahaya tu pada siapa yang Dia kehendaki.
Selagi kita punya niat ingin berubah menjadi baik.
InsyaAllah Allah pasti akan pimpin kita kejalan yang kita ingini.
insyaallah.

Kerana nafsu Aku Tertipu

" don't try to be me.

You will never know how it's feel when someone need you in a time but you cannot be there.

And you will feel that you have ruined their hope on you. "

Berharap lah hnya kepada Allah,
Luah lah kpd Allah.

Kisah aku!

Di setiap tulisan ada cerita .
Cerita yang banyaknya diperoleh dari pengalaman .

Pengalaman yang menggamit jiwa . Lalu rasa dilakar untuk dikongsikan bersama .

Rasa  itu tidak boleh digesa .
Apatah lagi dipaksa paksa .

Rasa yang benar dari hati itu , benar benar melihat bagaimana 'mood' dia dengan Tuhannya .

Jika yang membaca itu mampu merasai , maka yang menulis pula perlu lebih dan lebih menghayati .

Sungguh ,
Tiada daya dan upaya ,
Melainkan dengan izin Allah .

Robbuna Tusahhil 'amruna .