muhaSaBaH diRi..
Kita semua ni berdosa.
Tapi kenapa orang tak nampak pun yang kita ni banyak dosa?
Sebab Allah sifatnya As-Satir, Yang Maha Melindungi.
Allah tutup semua cacat cela kita.
Allah melindungi semua dosa kita di hadapan mata manusia lain.
Allah tak ada cakap apabila kita pakai tudung, kita akan jadi maksum macam Nabi.
Tak ada pun..
Kita pakai tudung bukan sekadar nak cakap kita ni seorang Muslimah, tapi kita seorang yang cuba mempraktikkan agama yang sempurna ni. Kita amalkan semua ajaran agama ni sebab nak tunjukkan pada orang kecantikan Islam ni.
Bukan kita nak tunjuk kecantikan kita. Kita nak tunjuk bahawa kita seorang Muslimah yang mengikut perintah Allah dan sentiasa cuba untuk menjadi yang lebih baik. Bukannya sebab kita sedia baik. Kita sampai bila-bila pun berdosa, dan dengan rahmat Allah itulah dosa kita diampunkan.
Berusaha ikhlaskan hati, berusaha untuk jadi hamba yang semakin hari semakin dekat dengan Allah.
No comments:
Post a Comment