Selalu kita dengar orang jahat sokmo gaduh dengan orang baik baik . Orang jahat gaduh dengan orang jahat .
Hmm. Nak tahu tak kisah tentang orang baik baik 'gaduh' dengan orang baik baik ?
Cuba singkap sirah para sahabat Rasulullah SAW . Bukan gaduh sebenarnya cuma berlaku salah faham antara para sahabat tentang pelaksanaan hukum Qisas terhadap pemberontak yang bunuh Sayyidina Uthman Bin Affan . Masing masing punya ijtihad tersendiri , sedangkan masing masing lebih senang dengan keputusan berdamai daripada memilih untuk berperang sesama sahabat . (Carilah cerita ini , seriusly boleh buka mata hati kita untuk lebih bersangka baik dengan sahabat kita :) )
Dalam persahabatan, selalunya memang akan ada salah faham yang tidak diingini berlaku. Dan masing masing punya 'alasan' tersendiri bagi sebarang tindakan seterusnya yang diambil . Something that is really complicated to reveal by words.
Mulalah ada yang terguris hati , kerana memang hati insan ibarat kain sutera , tercarik sedikit mudah tercarik, terkoyak . Rapuh . Tapi , kita tidak boleh ikutkan sangat hati kerana jika sama sama telah terguris , jangan sama sama terus berpaling tadah , sudah tidak mahu contact . Malas nak fikir . Unfriend , blocked . Ya , memang tidak dinafikan bahawa jika itu lebih baik untuk hati , maka buatlah . Namun ukhuwah kerana Allah itu terlalu manis untuk kita 'padam' terus . It's up to you then .
Jasad mungkin berjauhan ,walhal dalam hati dua dua saling rindu untuk bertemu . Walhal masing masing memendam rasa sedih dan dukacita sendirian . Walhal masing masing saling mendoakan kebaikan . Ego yang membentengi diri itu , boleh jadi kerana masalah hubungan kau dengan Tuhan .
Yap . It takes time . Tapi jangan lama sangat . Bimbang yang disayang itu akan 'hilang' selama lamanya .
Kalau kau dah jumpa sahabat sejati , 'pegang' dia erat erat . Bukan nak suruh selalu berkepit sana sini , tapi kalau boleh terus dan terus berdamping dengannya .
Walau jauh di mata , biar dekat di hati .
Jangan pula biar yang dekat itu , semakin menjauh .
Nak pilih kawan ibarat pilih nak dekat dengan penjual minyak wangi atau tukang besi . Kita memang akan dapat tempiasnya . Pilihlah , yang buat kau makin dekat dengan Allah . Tapi jangan pula kau tinggalkan mereka yang masih dibuai mimpi .
Sahabat sejati sukar dicari .
Sahabat yang sudi tegur depan depan sukar nak jumpa .
Sahabat yang selalu mendoakan itu rare .
Sahabat yang bersahabat bukan kerana kepentingan diri itu cuma satu dalam seribu .
Marilah kita bersahabat , sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat bersahabat.
If you have a reason doing such thing, then you should know that I had it too.
This love is just for the sake of Allah's love .
Not a selfish .
Hurting you ,
Is like hurting myself .
The pain makes me wandering here and there , wondering why and big Why? Makes heart keep worrying, thinking of what should I do to close the gap back ?
Yes .
I'm trying .
And I really mean it .
Fi Hifdzillah .
Sahabat ,
Di antara berjuta bintang .
Ada satu yang paling terang .
Kau ,
Antaranya .
Biji selasih daun selasih .
Terima kasih .
Terima kasih .
Terima kasih .
Syukran jiddan 'ala Kulli Hal .
<3
No comments:
Post a Comment