Monday, February 9, 2015

Usahawan Jutawan

Masa mula-mula bisness dulu, saya hanya mahu buat duit poket.. Student lah katakan, lagipun dah berumah tangga.. Nak harap duit parent mmg payahlah kan.. Nak minta tak berani, nak pinjam pun malu, dah dapat pinjam pulak serba salah jadinya kan.. So bisness lah kecil-kecilan bolehlah buat belanja makan minum sendiri.. 

Kemudian bila sudah hidup diperantauan, sudah merasa sedikit perit (sebenarnya banyak). Akibatnya saya semakin sedar melakukan sebuah perniagaan bukan sekadar menjual dan untuk duit makan minum sahaja. Ia lebih daripada smua itu..

Alang-alang menjadi usahawan, biar sampai menjadi usahawan jutawan. Bagi diri saya sendiri, sia-sia dan buang masa sahaja kalau masuk bidang perniagaan tanpa ada tekad utk menjadi usahawan jutawan. Malah rasa berdosa pula sebab tidak terlalu menjadi usahawan yg super berjaya... Mengapa??

Kerana ia telah melukakan hati ibu, bapa dan insa-insan yg paling dekat dgn kita.. Sewajarnya apabila telah msuk bidang bisness, kita mencapai satu tahap yang membanggakan, bukan tahap ala kadar sahaja..

Apabila berkata mengenai menjadi jutawan, ini maksudnya: 

1. Sekurang-kurang nya ada keinginan dan usaha ke arah itu. Sebaiknya kita tidak mahu yg paling kurang, jika boleh kita mahu yg paling lebih. 

2. Jadi jutawan ataupun tidak, itu ketentuan ilahi.. Tugas kita adalah usaha semaksima yang paling kita mampu..

3. Ia mengambil masa. Bergantung kpd usaha dan rezeki masing-masing. 

4. Bidang perniagaan yg dilakukan sebaiknya memang ada potensi besar untuk menjadikan kita usahawan jutawan. 

5. Mindset ada tahap-tahapnya. Jika dahulu kita berniaga utk mkn dan minum sahaja, pastikan mindset itu sudah tidak ada lagi sekarang.. Mindset kita sekarang lebih daripada itu..

6. Usahawan jutawan bukan hanya pada jumlah wang dan aset, sebaliknya usahawan jutawan adalah dalam satu pakej yang menyeluruh. 

 7. Perjuangan seorang usahawan jutawan bukan hnya utk poketnya sendiri sahaja. Malah utk umat, bangsa dan negara. 

8. Berkerja keras. Usaha yg dilakukan bukan biasa-biasa dan ala kadar. 

9. Tekad. Kalau sudah menetapkan mahu menjadi usahawan jutawan, hati sudah tekad sepenuhnya. 

10. Jelas. Jalan yg dirancang sudah jelas. "Tarikh" keramat mencapai status usahawan jutawan telah ditetapkan. 


Sekian ini sahaja dari saya, memandangkan kini ramai remaja dan dewasa menceburi bidang perniagaan ini.. Saya ucapkan semoga berjaya dunia akhirat smua.. Moga impian kita menjadi kenyataan, seiring dengan redha Allah s.w.t

Jutawan nur afyqh




No comments:

Post a Comment