Friday, December 30, 2011

Berkat redha ibu dan bapa..


Salam shbt2..
Juz nk share about this story =)

sikap lapang dada ibubapa adalah jalan yg memberi ketenangan hidup berkeluarga..

nk msok intro dulu huhu..

ya! sikap berlapang dada ibu bapa kedua2 pihak apabila merestui pernikahan anaknya dgn pasangan pilihan memberi kelegaan kpd kta apabila merencana hidup baru.

mengenai kisah berkahwin muda di kampus..

kedua2nya sudah cenderung antara satu sama lain. mrk msih berada pd peringkat pengajian. realitinya, psgn ini pd awalnya tdk mendapat persetujuan segera drpd ibu bapa masing-masing apabila mrk nekad hendak mendirikan rumah tangga..

kata lelaki itu : "sebagaimana ibu bapa lain,kebimbangan mrk sama. mrk bimbang pd usia muda, kami tdk memanfaatkan umur kami mencapai kecemerlangan akademik dan kerjaya."

menentang tdk bermkna membenci. ia adalah perspektif 2 generasi yg berbeza. lelaki ini tdk marah dgn apa yg berlaku. pengalaman hidup sbgi anak menjadikan dia memahami mrk hnya mahukan yg terbaik dlm hidupnya. 

lelaki itu bercerita : " keberkatan adalah sumber ketenangan jiwa. sy tahu sekiranya sy berkata tidak pd cadangan mrkdgn sikap memberontak dan membuat keputusan di belakang mrk, ia menyusahkan pasangan sy. kita bukan hidup seorg di dunia ini. kta saling berkait satu sama lain. sy tdk mahu menjadi pemutus tetapi penyambung."

bagi membuktikan beliau bersungguh-sungguh mahu mendirikan perkahwinan, beliau sendiri berkerja secara sambilan sambil belajar. beliau tahu dlm keadaan skrg, beliau tdk dpt memberikan apa yg sepatutnya suami berikan isteri.

melembutkan hati keluarga bukanlah perkara yg mudah . diri si anak dilihat muda dan tdk matang membuat keputusan. tetapi si anak sudah faham apa yg perlu dilakukan bgi mendapat keizinan mrk. alternatif diberi dan keluarga mempertimbangkan. 

kata lelaki ini : " mrk melihat sy bersungguh2 dan serius mahu mendirikan rmh tangga. perkara yg dilihat adalah perancangan sy. perancangan itulah sumber keyakinan mrk."

lelaki ini menyenaraikan beberapa cadangan kpd ahli keluarga. cadangan yg tdk dpt ditolak oleh ibu bapa beliau.

1. beliau merancang terus kekal tinggal di kolej kediaman di universiti meskipun sudah berumah tangga. mrk tdk merancang utk duduk bersama sepanjang tahun pengajian hingga masing2 berada pd tahun akhir. ini secara langsung menjimatkan kos mrk.

2. mrk merancang mengawal kelahiran. tahun2 pengajian mrk menumpukan kpd pengajian. rancangan mempunyai zuriat pd umur dan peringkat itu ditangguhkan terlebih dahulu.

3. pandangan ibu bapa tetap mjadi keutamaan bgi membantu mrk menjalani peranan sbgi pasangan muda.

4. bgi memastikan mrk mendapat izin drpd ibu bapa, memikat hati org yg dominan dlm keluarga adalah formulanya. kuasa dominan ini ada pd salah seorg anak kesygan, ibu ataupun bapa itu sediri, adik beradik ibu bapa, dan saudara mara. peranan jiran yg akrab ataupun tokoh agama juga tergolong dlm kategori ini.

5. jelas dgn perancangan. ibu bapa mengharapkan jwpn drpd anak yg mahu mendirikan rmh tangga. maka hendaklah bersedia dgn jwpn bdi soalan2 melibatkan kewangan sebelum dan selepas mendirikan rmh tangga, perancangan anak, pengajian dan perkerjaan. elakkan jwpn, " saya belum fikirkan perkara itu".

kata lelaki ini : " kami berdua berdoa kpd Allah supaya dilembutkan hati mrk.mujurlah dlm keadaan hari ini ada pasangan yg belum berkahwin tetapi bebas gelagat spt suami isteri menjadi peluang kpd kami. bagi isteri sy,  tidak ada ibu bapa mahu melihat anaknya keluar dgn lelaki ke sana sini. itu bukan jaminan kpd anak perempuan mrk. maka kami ada pilihan, kami kekal seperti itu ataupun menerima kami sbgi pasangan yg sah."

apabila ditanya apakah kesan sikap lapang ibu bapa kedua2 pihak apabila mrk mendirikan rmh tangga, kata si lelaki spt berikut :

1. kami komited dgn tanggungjawab memenuhi janji yg dibuat kpd ibu bapa yg mengizinkan perkahwinan kami. sikap keluarga pihak isteri yg meletakkan hantaran yg sepadan memberi ruang kpd kami mengukuhkan kewangan masing2.

2. ibu bapa sy dan isteri lebih cenderung menjadikan diri mrk sebagai mentor. mrk memberi idea dan panduan tanpa kami minta. mungkin ada sedikit kebimbangan kerana kami masih dlm tempoh manis berkahwin.

3. ibu bapa kedua2 pihak sering memberi bantuan tanpa diminta. mrk masih memerlukan masa bgi menerima keadaan anak mrk yg berkahwin di usia muda. lucu juga mengenangkan bapa isteri sy singgah ke kampus menghantar wang belanja belajar dan makanan utk anak manja mrk. jika ibu bapa sudah benci dgn perkahwinan kami, mungkin jarang2 sekali hendak bertemu.

4. tdk ada gusar dan gentar pd keluarga pasangan. kami selesa dgn keluarga masing2. keizinan mrk membuat kami tdk runsing dan ini memberi kami lebih tenaga dan fokus bagi memperbaiki kehidupan pasangan.

5. sebagai suami, sy tentu mahu menunjukkan yg terbaik kpd isteri saya. kami masing2 bersaing dan lebih teruja memberi nilai kpd pengajian kami. kami perlu menunjukan pasangan berkahwin ketika belajar adalah contoh kpd rakan2 sekuliah.

cerita ini ana juz nk ceritakan n sharekan.. 
kesimpulan nya : " mengapa memilih jalan yg haram, sedangkan ada jalan yg halal buat kta"

^___^ 



No comments:

Post a Comment