Monday, December 27, 2010

d0a memUDahKan uCaPan

wahai Tuhanku,lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.

BEBERAPA PENGAJARAN DOA :
  1. doa tersebut dibaca oleh Nabi Musa a.s ketika Allah mengutusnya utk berdakwah kpd Firaun. Doa tersebut Allah rakam dlm al-Quran surah Ta-Ha ayat 25-28.
  2. apabila ingin berucap,sama ada dlm rangka berdakwah atau dalam sesuatu majlis yg selari dgn syariat Islam, kerap kali kta akan rasa berdebar2,kurang yakin dan gusar. maka amat dianjurkan membaca doa di atas agar Allah mengurniakan kta ketenangan di hati, kemudahan berucap dan ucapan yg fasih lagi difahami. 

kiSaH Abu Bakar r.a diceRca

diriwayatkan o Ahmad dan At-Tabrani drpd Abu Hurairah r.a bhwa seowg lelaki telah mencerca Abu Bakar r.a. ketika itu Rasulullah s.a.w juga sedang duduk berhampiran dgn Abu Bakar. Baginda Rasulullah tersenyum dan kehairanan melihat keadaan lelaki tersebut. apabila lelaki itu mula bersikap kurang ajar terhadap diriny, Abu Bakar pun mblz kata2 lelaki tersebut. Sebalikny,perbuatan Abu Bakar itu mbuatkn Rasulullah mjdi amat mrh lalu bgn dr tpt dudukny. 

melihat Rasulullah berjln,Abu Bakar pn mengekoriny dr belakang. lalu bkata Abu Bakar kpd Rasulullah. "lelaki itu bsikap kurang ajar thadap diriku,oleh krn itu aku memblz ny. apabila aku mula membalasny,kamu meninggalkn kami di tpt itu."
Rasulullah bersabda : "apabila kmu tdk membalas kata2ny,terdapat malaikat yg akn membalasny utk kamu. tetapi,jika kamu mula membalaskata2 kesatny,syaitan mula mengambil tpt dan mula duduk di antara kamu. Oleh yg demikian,aku tdk mahu duduk bersama2 syaitan".

kemudian Rasulullah bersabda lgi : "wahai Abu Bakar,terdapat 3perkara yg benar iaitu : 

  1. apabila seowg hamba itu dizalimi dgn satu kezaliman, maka dia meninggalkan tpt itu semata2 krn Allah,maka Allah akan menguatkan dan membantuny.
  2. apabila seseowg itu membuka pintu dermawannya dan memberi hadiah,maka Allah akan menambah kekayaannya.
  3. apabila seseowg itu mula meminta2 utk menambahkan kekayaan nya,maka Allah akan mengurangkan kekayaannya.

Tuesday, December 21, 2010

benarkah??

RuMaHQue sYuRGaQue...
tp ada jGk meNgaTaKAn bHwa 
RuMahQue NeRaKaQue...

HaHhh...!
knPa jdi BeGitu Yek??
cOba shBt2 fkiRKan..
kNpa raMai remaJa diLuar saNa.......................
sKA meMbuaNg maSa dGn meLePAk??
LeBih menguTamaKAn kWn2ny DrPd FaMiLy nY??
beBas beRGauL xKiRa LeLaKi dGn PpUAn..??
meMbUat haTi ibUbaPA riSau??
LeBih menGuTamaKan paKwe/maKwe dr iBuBapa??
sKA menaYaNg2 bOdy??
xMaHu meMakai TuDunG??
meMentiNgKAn feSyeN seMaTa-MaTa..
kWa dr RMh maSa paGi dan BaliK puLa WkTu mLm...

jaDi
aPaKah PunCa sMua ini berLAku..??
dimaNAKaH konSep RuMAhQUe sYurGaQue itu...??

sLh siaPA sebeNArNy...??
kTA sbGai aNak2 keW ataU iBuBaPa kTA...??

raMAi yg Mseh lgi meMeJAm maTA 
xmaHU meLihat HAkikAt sbeNarnya 
keHiduPAn di Luar SaNa..

LanTas kTA yg meNyeDari Nya
aPAkah yG paTut kTa LakuKAn utK sauDaRA2 SeiSLAm kTA diLuar saNA..??

**ReNunG-ReNungKAn dan SeLamat BerAmaL...




Muhasabah Diri Melalui Azan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Muhasabah Diri Melalui Azan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Memikat Hati Si Dia | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Memikat Hati Si Dia | iluvislam.com + discover the beauty of islam

pemilihan da'i kanak-kanak..

Thursday, December 16, 2010

30 raHSia peRemPuaN..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati  mereka.





10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku -buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka ak an rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


benarkh ini wahai wanita?? 
mungkin ada benarny dan mungkin tidak..
hnya anda mengetahui diri anda sendiri..
krn
wanita adalah makhluk Allah yg sukar utk difahami..

**dicopy dr  tintacinta.com

| pahiT maNis keHiDuPan |

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita. 


Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.

 Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu apa yg kita rindukan sehinggalah "Ianya" hadir.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang... .
Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.


Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... 



Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..


Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah ...

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...



Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja… Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita...

Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.



Wahai sahabatku yang menderita kerana cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan hidupmu kembali ceria...

..:: mampukh diriku?? ::..

mampukh aku mejadi wanita solehah???
yg sentiasa menburu syahid dijalan Allah swt..
yg sentiasa menjaga pandangan agar mata kurniaan Allah ini xliar memandang..
yg xmudah melayani gurauan lelaki ajnabi..
yg sentiasa memulai stiap perkara dgn bismillah..
yg sentiasa bercakap jujur..
yg sentiasa xmembuat owg lain susah..


yg selalu menyenangkan hati ibubapa..
yg sentiasa bersabar dgn cemuhan owg..
yg sentiasa redha dgn segala yg bakal terjadi..
yg sentiasa bertawakal sepenuhny kpd Allah swt..
yg sentiasa ingin memperbanyakan ibadah utk Allah swt..
yg sentiasa mencari kejayaan di dunia dan akhirat..
yg sentiasa +ve dr segala apa pun..
" Ya Allah,mampukh aku...???"






"ya Allah,jadikan aku wanita yg solehah...yg baik diantara yg terbaik...dan kurniakan aku pendamping yg baik...dalam mendapatkan sesuatu yg terbaik dariMU...Amiin..."

dugaan huhhh

ari nie ana puasa sunat
aduhhh makk aiii
saat2 kte posa nie lh mcm2 mknn yg sedap2 menjelma
di hadapan kta
huhhh..
lgi2 bla adik2 mkn ramai2 didpn mata
mmg rsa tergugat lh hehehe
nmpk sgt iman xkuat haha
ambikk kau afyqh!!





tgk jam dh pkol 5.30ptg
xlame lgi nie nk bkak posa nie hooreyyy
tngu punya tunggu...
tibalh saat berbuka

~slmt berbuka pusa~

tupp..tupp
rupa2nya nasi dlm periuk dh abiz..
tgk kentang yg adik2 mkn tdi ptg tnggal skit jerr
alamakk aii..
nk mkn lauk xda selara lh pulak..
lalu tfkir nk makan magiee..
bla nk msk magiee plak,mancis dh habiz
mmg dugaan btoll arr..
last2 ana minum air cola dgn ulam-ulaman

alhamdulillah mshh ada sedikit utk dimkn..
btol2 mguji kesabaran..
huhuhu...

bersyukurlah Allah mseh mberi rezeki afyqh..afyqh...
(peringatan buat diri sendiri)

Wednesday, December 15, 2010

~ dilemma yg melanda diri ana ~

skrg nie ana confuse larr nk ambik kos ape utk degree nanti
coz next sem is my last sem
so
we have to decide which course should we take
ermm~

cita-cita ana dr kecik smpai skrg ialah doktor..

tp bkn doktor haiwan yekk.. hehe...
pic nie wk2 experimen sem 4
ermm,mungkinkh dpt ana jdi doktor??
krn skrg pointer ana rasany xmelayakkan ana utk mgmbil bidang medic
tu lh yg menyedihkan ana..

ohh.. sesungguhnya ana dlm dilemma..

++ ego sowg lelaki ++

Kisah 2

Saya tak tahu bagaimana saya harus mulakan luahan hati ini. Apa panggilan yang saya harus gunakan pada awak? Sayang? Awak mesti pelik kalau saya panggil awak sayang, kan? Silap hari bulan, awak mesti marah saya, kan? Ariana � Mungkin saya patut panggil awak Ariana kerana saya telah menikahi seorang gadis bernama Nur Ariana binti Muhammad Ariffin pada bulan Mac dua tahun lalu. Sejujurnya, saya memang tidak ikhlas menerima kehadiran Ariana dalam hidup saya. Bukan saya tidak kenal Ariana tapi hati saya bukan pada Ariana. Bagi saya, tanpa cinta, alam perkahwinan yang bakal dikecapi seakan tidak bermakna. Ariana pun sedar hakikat itu, kan?

Biarlah saya ceritakan semuanya dari awal supaya antara kita tidak ada lagi perselisihan. Saya harap Ariana dapat memahami situasi saya. Bukan saya sengaja melayan Ariana sebegitu. Saya tahu setiap hari hati Ariana terguris kerana tindakan saya. Untuk pengetahuan Ariana, saya telah memilih tarikh 1 Januari untuk menemukan gadis yang bertakhta di hati saya, Diya dengan ahli keluarga saya. Namun khabar yang menanti saya benar-benar mengejutkan dan � menyakitkan. Arwah nenek telah mewasiatkan pada saya untuk mengahwini Ariana.

Boleh Ariana bayangkan perasaan saya waktu itu? Saya sudah berjanji pada gadis yang mencuri hati saya sejak saya belajar di Jepun lagi, bahawa dialah yang akan menemani hari-hari saya sehingga nafas saya terhenti. Tiba-tiba Ariana hadir dalam hidup saya, tanpa sepatah bicara. Saya tak kenal pun siapa Ariana sehinggalah Ibu tunjukkan gambar Ariana. Saya seakan mengenali Ariana tapi saya tidak ingat bila dan di mana. Wajah Ariana bermain-main di fikiran saya sehinggalah satu nama terlintas di fikiran saya. Izzah.

Kenangan saya di UTMKL mula bermain di minda. Arianalah yang selalu menemani Izzah ketika kami berjumpa di kampus atau di kolej. Tapi Ariana sangat pendiam. Seingat saya, sewaktu Izzah memperkenalkan Ariana pada saya, Ariana hanya menundukkan kepala dan terus memandang ke arah lain. Setiap kali saya dan Izzah bertemu, Ariana tak pernah bercakap dengan saya. Seolah-olah Ariana membenci saya. Kemudian terlintas satu soalan di fikiran saya. Bagaimana Ariana mengenali nenek saya dan mengapa nenek boleh mengeluarkan wasiat sebegitu sedangkan nenek tahu hubungan saya dan Diya?

Satu demi satu lembaran perkenalan antara Ariana dan nenek saya saya ketahui. Rupanya Arianalah yang selalu membantu nenek menguruskan majlis di mana-mana rumah kebajikan. Nenek saya adalah salah seorang sukarelawan yang aktif membantu di rumah kebajikan di seluruh negara. Saya pernah menghadiri satu majlis yang nenek uruskan tetapi hari itu Ariana tidak ada. Setelah mendengar wasiat nenek, barulah saya teringat yang nenek pernah memberitahu yang dia ingin menemukan kita berdua. Kalaulah nenek tahu yang kita pernah berkenalan sebelum ini, kan?

Ariana mungkin tak tau yang saya sudah menemui Ariana beberapa kali. Dengan niat ingin mengenali Ariana, saya menghadiri satu majlis di Rumah Kebajikan Khadijah. Saya lihat Arianalah orang yang paling sibuk. Sekejap Ariana berada di tepi pentas dengan wajah yang serius. Seketika Ariana ada di halaman rumah sedang ketawa riang dengan kanak-kanak. Kemudian Ariana hilang. Rupanya Ariana sibuk di dapur untuk memastikan semua makanan sudah tersedia.

First impression saya pada Ariana? Ariana seorang yang komited dengan kerja dan cukup profesional. Ariana juga mesra dengan kanak-kanak dan saya ada juga melihat Ariana di dapur. Ariana tidak kekok melakukan kerja dapur dan kerja menghias. Ariana memang ada ciri-ciri wanita yang diingini setiap lelaki walaupun Ariana tidak secantik Izzah dulu. Juga tidak secantik Diya. Tapi itu bukanlah sebabnya saya tidak tertarik pada Ariana. Jika saya tidak bertemu dengan Diya, mungkin saya akan segera setuju untuk mengahwini Ariana. Ariana cukup berbeza dari Ariana yang saya kenali dulu.

Dulu Ariana bukan saja pendiam malah Ariana juga tidak terlalu pandai bergaya. Ariana tidak dapat menandingi Izzah. Tetapi kini Ariana berubah. Ariana mempunyai daya penarik tersendiri dengan senyuman manis Ariana, kelincahan Ariana dan gaya Ariana yang tersendiri ... Mungkin Ariana tidak tahu Ariana mampu menarik perhatian seorang lelaki dengan gaya Ariana.

Saya yakin Ariana tak ingat waktu saya sengaja melanggar Ariana di Rumah Kebajikan Khadijah. Saya ingin merapati Ariana, ingin mengenali personaliti Ariana. Saya agak terkedu kerana Ariana yang meminta maaf terlebih dahulu sedangkan saya yang sengaja berlanggar bahu dengan Ariana. Ariana langsung tak pandang wajah saya dan segera beredar. Saya ketawa kecil melihat tingkah laku Ariana. Kalut semacam!

Seminggu selepas itu Ibu meminta jawapan dari saya. Ibu ingin tahu saya sudi memenuhi permintaan terakhir arwah nenek atau tidak. Bolehkah saya menolak permintaan seseorang yang telah menjaga saya sejak kecil lagi? Ariana mungkin tak tau tapi saya lebih rapat dengan arwah nenek berbanding Ibu. Saya minta Ibu berikan masa untuk saya berfikir dengan lebih dalam. Saya sayangkan Diya tapi dalam masa yang sama saya tak dapat bersamanya. Ariana boleh faham perasaan saya waktu itu?

Akhirnya saya beranikan diri untuk berhadapan dengan Diya. Diya menangis teresak-esak di hadapan saya sehingga orang lain memandang ke arah kami. Saya bingung, tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya genggam erat tangan Diya dan saya berjanji padanya yang walau apa pun terjadi, saya tetap akan bersamanya. Dalam hati saya sematkan satu janji. Saya akan meninggalkan Ariana selepas kita berkahwin. Saya tak akan bersama lama dengan Ariana. Berhari-hari saya memujuk Diya dan akhirnya dia setuju untuk menunggu sehingga saya menceraikan Ariana.

Saya kejam, kan? Saya rancang sesuatu tanpa memikirkan ada yang akan terluka. Saya tahu saya kejam melukai perasaan seorang gadis yang tidak tahu apa-apa. Dulu saya lukakan Izzah kerana seorang perempuan yang tidak saya kenali. Sekarang saya lukakan Ariana. Kalaulah Izzah tahu, mesti Izzah mengamuk dengan saya. Saya masih tak lupa tangisan sayu Izzah bila saya berterus-terang tak dapat meneruskan hubungan dengannya. Dan kini saya terbayang tangisan Ariana saat saya melukai tubuh Ariana. Bukan saja tubuh Ariana tetapi hati dan perasaan Ariana! Itulah yang paling saya kesalkan. Maafkan saya, Ariana.

Kalaulah saya boleh undur semula masa yang telah berlalu, saya pasti akan menjaga hati Ariana. Saya akan pastikan Ariana tidak akan menangis kerana saya. Saya akan membahagiakan hari-hari Ariana sampai saya mati! Tapi semua itu tak mungkin berulang lagi. Semuanya bermula apabila dengan sekali lafaz, saya menikahi Ariana. Ariana nampak anggun di hari pernikahan kita. Antara semua perempuan yang berada di masjid itu, Ariana yang paling memukau dengan baju kurung satin serba putih. Ariana tak pandang saya langsung waktu saya menyarungkan cincin di jari manis Ariana tapi saya dapat getaran tangan Ariana. Ariana cemas, ya? Kalaulah Ariana tahu apa yang bermain di fikiran saya.

Pada majlis perkahwinan kita, ketika kita bersanding di pelamin, saya dapat dengar suara-suara sumbang yang memperkatakan tentang kita, tentang Ariana. Mereka katakan kita tidak sesuai bersama dan Ariana sepatutnya bersyukur dapat memiliki saya. Saya lihat riak wajah Ariana yang agak terkilan. Kemudian mata kita saling bertemu. Saya ukir senyuman untuk Ariana. Ariana seakan bersemangat kembali. Perasaan terkilan Ariana seakan hilang.

Saya biarkan Ariana terkapar-kapar sendirian dalam bahtera perkahwinan kita. Setiap kali kita berdua-duaan saya akan menyepikan diri seakan saya tidak ada di situ. Ariana kerap menegur saya, cuba untuk berkomunikasi tapi saya biarkan hasrat Ariana mati. Sepuluh patah perkataan Ariana ucapkan, hanya sepatah saya jawap. Kadang-kadang saya langsung tidak menyahut, berpura-pura tidur atau hanya mendengus kecil. Ariana cukup tabah, sayang � Ariana cuba memahami saya mengikut rentak saya dan membiarkan suasana dingin antara kita.

Ariana biarkan saya mengambil keputusan dalam semua hal rumah tangga. Sepatah perkataan pun saya tak cakap tentang saya ingin berpindah rumah. Ariana menurut sepenuh hati walaupun Mama tidak bersetuju. Hati saya agak tersentuh apabila Ariana dengan tenangnya bahawa tempat Ariana adalah di sisi saya. Tapi saya ego. Saya bekukan perasaan saya. Saya tak mahu lupa janji saya pada Diya. Saya tak mahu menyeksa Diya. Dan saya tidak mahu terus-terusan menyeksa Ariana. Saya tidak mengizinkan Ariana bekerja. Mengapa saya boleh meminta demikian sedangkan saya akan meninggalkan Ariana? Entahlah, saya tak tahu apa yang merasuk saya �

Ariana, saya bukan malaikat yang tidak bernafsu, Ariana. Setiap malam saya resah apabila Ariana tidur di sisi saya. Awalnya Ariana tidur ganas, tau? Sampai saya terpaksa tolak tangan dan kaki Ariana yang �terpeluk� badan saya. Agaknya Ariana mimpi peluk teddy bear bucuk Ariana tak? Haha. Waktu saya sentuh kulit Ariana, saya macam terkena electric shock. Kulit Ariana lembut. Saya renung wajah Ariana satu persatu. Saya usap rambut Ariana dan fikiran saya mula melayang sehingga Ariana memalingkan badan. Saya segera beristighfar. Saya boleh bersumpah kalau Ariana tidak berpaling, mungkin malam itu juga kita bersama.

Sejak hari itu saya sedar. Saya harus melarikan diri dari Ariana. Satu malam saya pergi ke bilik kedua selepas Ariana tidur lena. Sebenarnya saya merancang untuk bangun awal dan kembali ke bilik tidur kita supaya Ariana tidak sedar tetapi saya hanya terbangun apabila Ariana membangunkan saya. Suara Ariana lembut membangunkan saya dan meminta saya mengimamkan solat subuh. Hati siapa yang tidak tersentuh dengan sikap Ariana yang begitu baik dan begitu tabah seakan tidak ada apa-apa yang berlaku? Saya pasti tindakan saya merobek perasaan Ariana. Siapa yang tidak akan terluka, kan?

Satu perkara lagi yang menyentuh hati saya adalah apabila Ariana tidak pernah lupa mengucup tangan saya dan meminta maaf sebelum saya bekerja. Saya kaget kali pertama Ariana menyalami tangan saya dan meminta maaf. Hampir-hampir saya menarik semula tangan saya. Rupanya itu adalah kebiasaan Ariana. Mama yang memberitahu apabila kita sekali-sekala datang melawat keluarga Ariana. Ariana cukup baik, terlalu baik buat saya. Apabila teringat kata-kata umpatan sewaktu majlis perkahwinan kita, saya terasa ingin menyangkal kata-kata mereka. Saya yang tak layak untuk Ariana!

Sepanjang kita bersama, sepanjang itu jugalah saya bersama Diya. Semua orang di pejabat tahu tentang hubungan saya dan Diya dan mereka juga tahu tentang perkahwinan kita. Bukan sekali dua saya diumpat atau dikutuk secara terang-terangan di pejabat tapi saya tidak peduli. Untuk apa mendengar kata-kata yang menyakitkan? Yang penting saya dan Diya bahagia. Berkali-kali Diya mendesak supaya saya segera menceraikan Ariana tapi hati saya terasa berat untuk melepaskan Ariana. Kenapa ya?

Ariana ingat tak sewaktu kita menghadiri Annual Dinner syarikat tempat saya bekerja? Ariana kelihatan berbeza. Lebih hangat daripada biasa, hehe. Saya sebenarnya kurang selesa berpakaian sedondon dengan Ariana tetapi saya tidak sampai hati mengecilkan hati Ariana. Semua orang memuji Ariana. Tidak cukup juga ada yang mengata dengan mengatakan Ariana bodoh dengan berkahwin dengan saya. Ada juga yang berkata saya tiada akal kerana melayan Ariana sebegitu. Dengan satu jelingan, mereka mengunci mulut. Tapi apa yang mereka katakan itu betul, kan? Ariana tidak sepatutnya menerima saya dan saya tidak sepatutnya melayan Ariana sebegitu.

Selesai majlis, Diya menarik tangan saya. Dia berkeras mahu bertemu dengan saya sedangkan saya mahu segera pulang bersama Ariana. Saya minta Ariana tunggu di kereta dan saya bergegas menemui Diya. Diya merajuk. Dia mahu saya segera menceraikan Ariana atau semuanya berakhir antara kami. Fikiran saya buntu. Saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan dan saya tidak tahu apa yang saya rasakan sebenarnya! Saya genggam tangan Diya dan membelai pipinya. Entah untuk kali ke berapa saya memberi harapan, saya sendiri tidak tahu. Sebenarnya malam itu saya ada agenda saya sendiri. Saya sudah memikirkan untuk berbual panjang dengan Ariana dalam perjalanan pulang tapi apa yang saya lakukan? Saya bersiul untuk menghilangkan tekanan di minda saya.

Saya mula merancang untuk membuat Ariana benci pada saya. Saya merancang untuk sering pulang lewat sehingga awak tidak dapat menahan sabar dengan tindakan saya. Tapi situasi yang tidak memihak pada saya pula berlaku. Ibu datang tinggal bersama buat beberapa hari. Mahu tidak mahu saya terpaksa pulang awal ke rumah dan yang lebih menyesakkan dada saya, kita terpaksa tidur sekatil. Saya tidak mahu Ibu mengesyaki apa-apa. Mahu tidak mahu juga saya terpaksa berlakon mesra dengan Ariana. Lakonan Ariana cukup neutral, cukup sempurna sehingga Ibu menelefon memberitahu yang Ariana sangat baik. Betul kata Ibu, Ariana � Dan saya yakin semua itu bukan lakonan. Ariana ikhlas. Ariana terlalu baik sehingga sanggup melukakan perasaan sendiri.

Selepas Ibu pulang, saya memulakan rancangan saya. Sewaktu Ariana sedang mengemas, saya sengaja jatuhkan wallet saya dan membiarkan Ariana ternampak gambar Diya. Rancangan saya mula goyah apabila Ariana senyum. Ariana cukup murah dengan senyuman. Dalam keadaan yang cukup menyeksakan, Ariana masih mampu tersenyum. Saya dengan senang hati bercerita tentang Diya apabila Ariana bertanya tentang Diya. Saya mahu Ariana membenci saya. Ariana tau tak saya merancang untuk terus menyakitkan Ariana dengan pulang dalam keadaan tidak terurus dan ada lipstik di baju saya? Sampai begitu sekali rancangan saya, kan �

Tapi saya tak sanggup. Satu malam, selepas menikmati makan malam saya memberitahu hasrat saya untuk membebaskan Ariana dari ikatan perkahwinan kita. Kenapa Ariana tak setuju? Kenapa Ariana lebih sanggup mengizinkan saya mengahwini Diya daripada bercerai dengan saya? Kenapa Ariana buat saya bingung? Apa yang Ariana mahukan dari saya? Memang benar kuasa talak ada di tangan saya tetapi saya tidak mahu kuasa itu digunakan sesuka hati. Dalam keadaan buntu, saya akur dan akan meneruskan rancangan saya.
Saya sengaja bercerita tentang Diya ketika bersama Ariana. Saya sengaja meminta nasihat pada Ariana tentang saya dan Diya. Saya juga sengaja berlakon di dalam bilik apabila saya dengar pintu bilik Ariana terbuka. Saya sengaja ketawa seolah-olah saya sedang berbual dengan Diya dalam telefon. Kenapalah saya ni bodoh sangat, kan? Kenapa saya tak nikmati saat bersama Ariana dan meneruskan kehidupan kita berdua?

Kenapa saya lebih rela berpura-pura dan menipu mengatakan Ariana adalah sahabat baik saya? Bodohnya saya!
Masalah saya kian sarat apabila Diya menuntut janjinya. Kali ini Diya lebih nekad dengan tidak menjawab semua panggilan dan message dari saya. Saya tidak beritahu pada Diya tentang rancangan saya kerana saya tahu Diya tidak akan bersetuju. Saya juga tak mahu Diya salah sangka. Saya mahu perasaan benci wujud sendiri dalam diri Ariana. Saya tidak mahu kejam terhadap Ariana. Saya pulang lewat dengan mata yang sembap. Hampir enam jam saya menunggu di bawah kondo Diya dan menangis. Seluruh badan saya terasa lemah apabila Diya tak ada di sisi saya, Ariana. Bukan sebulan dua kami bersama. Hampir tujuh tahun saya bersama Diya, mana mungkin saya dapat meninggalkannya? Ariana mengerti, kan?

Ariana pujuk saya malam tu, walaupun tanpa satu ucapan terbit dari bibir Ariana. Ariana genggam tangan saya. Saya sedih, Ariana � Kenapa saya perlu hadapi situasi sebegini? Kenapa saya harus menderita dan melukakan hati orang lain? Kenapa saya tak tabah macam Ariana? Kerana terlalu ikutkan perasaan, saya peluk Ariana dan baring di riba Ariana sehingga saya tertidur. Saya tidak tahu berapa lama masa berlalu apabila saya terbangun. Tangan Ariana menekap dahi saya dan mata Ariana terpejam. Kepala saya sakit tapi saya gagahkan diri untuk membaringkan Ariana di katil dan dalam keadaan separuh sedar, saya tertidur di sisi Ariana.

Saya bermimpikan Diya. Diya meninggalkan saya walaupun saya melutut di hadapannya, merayu padanya. Apabila saya bangun dari mimpi itu, saya lihat Ariana duduk di lantai sambil menggenggam tangan saya. Di dahi saya ada kain yang agak basah. Barulah saya teringat yang saya demam semalam. Buat kesekian kalinya hati saya tersentuh. Ariana seorang isteri yang sempurna, yang menjaga suaminya sepanjang masa. Ariana lebih layak dengan orang lain yang boleh menghargai Ariana. Saya angkat tubuh Ariana dan biarkan Ariana tidur di katil saya. Sebelum saya keluar dari rumah, saya tinggalkan satu nota untuk Ariana.

Saya kalah dalam permainan saya sendiri, Ariana. Saya mahu Ariana bencikan saya tapi kini saya yang kalah dengan perasaan saya sendiri. Bohong kalau saya katakan yang tak pernah sekali pun terdetik pun perasaan sayang dalam hati saya untuk Ariana. Dengan perlahan-lahan wajah Ariana muncul di sudut hati saya. Saya sedar yang Ariana mula menguasai ruang hati saya. Sedikit demi sedikit bayangan Ariana mula menghantui diri saya dan menolak jauh-jauh bayangan Diya. Setiap kali saya melihat Diya, saya seakan ternampak senyuman Ariana di mana-mana sahaja.

Saya jadi tak menentu hari itu. Apa saja yang saya buat semuanya salah. Saya teringat hangatnya tubuh Ariana sewaktu saya memeluk Ariana. Saya teringat betapa tulusnya hati Ariana sewaktu menjaga saya malam itu. Saya masih terasa lembutnya jemari Ariana membelai rambut saya. Saya terasa benar-benar bersalah pada Ariana. Sewaktu saya bertemu Diya di biliknya, Diya mendengus kasar dan mengherdik saya. Ariana tak macam Diya. Ariana tak pernah sekali pun meninggikan suara di depan saya. Suara Ariana lemah lembut, penuh dengan kasih sayang. Saya bodoh kerana tak pernah sedar betapa istimewanya Ariana.

Bila saya pulang, ada kejutan yang menanti rupanya. Ariana pulang ke rumah Mama untuk beberapa hari. Ariana tau apa yang saya rasakan? Rumah kita terasa kosong. Saya tak pernah merasa sepi sebegitu. Saya masuk ke bilik dan cuba untuk melelapkan mata tapi gagal kerana saya teringat yang Ariana tak ada di rumah kita. Saya tepis perasaan itu dan tidur. Malam kedua tanpa Ariana, perasaan saya kembali gelisah. Saya teringatkan Ariana. Semuanya tentang Ariana! Saya terasa rindu untuk disambut di muka pintu apabila saya pulang ke rumah. Saya rindu Ariana mengucup tangan saya. Saya rindu saat kita bersama menikmati hidangan. Malam ketiga? Saya masuk ke dalam bilik Ariana dan tidur di situ. Saya bayangkan Ariana ada di sisi saya. Ariana tau apa saya buat? Saya semburkan perfume Channel yang Ariana selalu pakai di katil Ariana. Sekurang-kurangnya saya dapat rasakan Ariana dekat dengan saya.

Hari keempat Ariana tidak ada, saya cuba hubungi Ariana tapi Ariana off handphone. Saya cuba sepanjang hari tapi Ariana tetap off handphone. Saya mula takut. Ariana larikan diri dari saya ke? Keesokan harinya saya hubungi Mama tapi saya dapat khabar yang menakutkan. Ariana tidak ada di rumah Mama. Saya mula berfikir yang bukan-bukan termasuklah saya sangka Ariana lari bersama lelaki lain. Saya ke rumah Ibu tetapi Ariana tidak ada di sana. Tidak cukup dengan itu, saya turun naik beberapa hotel sekitar Kuala Lumpur untuk mencari Ariana tapi bayangan Ariana tidak saya temui.

Cukup seminggu barulah Ariana pulang. Berdebarnya perasaan saya sewaktu ternampak kereta Ariana hanya TUHAN yang tahu. Hati saya melonjak girang kerana Ariana tidak meninggalkan saya. Saya berperang hebat dengan perasaan saya sewaktu masuk ke dalam rumah. Saya mahu mengetuk pintu bilik Ariana, mahu bercakap dengan Ariana tetapi saya terlalu ego dengan perasaan saya. Saya masuk ke dalam bilik dan keesokan paginya saya hanya meninggalkan nota memberitahu yang saya akan ke Johor. Tiga hari terpaksa berpisah dengan Ariana membuatkan saya menderita.

Ariana pergi lagi apabila saya tiba di rumah. Menitis air mata saya tapi hati saya tergerak untuk pergi ke rumah Mama. Ariana ada di situ. Saya terasa ingin memeluk Ariana apabila ternampak Ariana di muka pintu. Ariana segera menyalami tangan saya. Air mata saya hampir gugur saat itu. Saya rindukan Ariana. Saya sungguh-sungguh rindukan Ariana. Kemudian Ariana memasak untuk saya. Saya makan dengan penuh berselera dan mengajak Ariana untuk tinggal di rumah Mama semalaman. Ariana menolak dan memujuk saya untuk pulang tapi saya tidak bersetuju. Kalau kita pulang, mesti Ariana menjauhkan diri dari saya, kan?

Selepas mandi, saya sengaja mengganggu Ariana di ruang tamu. Saya ingin ketawa apabila melihat riak wajah Ariana yang terkejut kerana saya membahasakan diri dengan panggilan Abang. Saya berjanji akan membaiki hubungan kita. Saya tak mahu Ariana tinggalkan saya lagi. Tapi Ariana � I screwed it up. Saya musnahkan peluang untuk kita berbaik semula kerana ego yang terlalu tebal dalam diri saya. Apabila Ariana menipu saya mengatakan Ariana ada di rumah Mama selama seminggu sebelum ini, perasaan marah terus membara dalam hati saya dan saya meluahkan perasaan marah saya. Sepatutnya saya meminta maaf, Ariana. Kenapalah saya ni bodoh sangat?

Apabila kita pulang ke rumah, Ariana terus menguncikan diri di dalam bilik. Saya biarkan. Saya tahu Ariana marah dengan saya. Rancangan saya untuk membuat Ariana benci pada saya berjaya. Tapi rancangan itu memakan diri saya sendiri. Ariana tidak lagi sudi melihat saya. Walaupun Ariana masih tetap menyalami tangan saya dan menyambut kepulangan saya, kita tidak lagi makan semeja. Ariana mengelak dengan alasan tidak berselera. Saya tahu selera Ariana mati apabila bersama saya. Kerana itulah saya mengajak awak makan malam di luar. Ariana menolak tapi saya berkeras. Dengan rasa terpaksa, saya membawa Ariana ke Hotel Mandarin.

Saya hadiahkan Ariana sejambak bunga dan seutas gelang tangan. Kemudian saya pujuk Ariana untuk menemani saya di taman di KLCC. Saya bahagia dapat dengar Ariana ketawa bahagia. Saya juga bahagia, Ariana � Lebih bahagia dari ketika bersama Diya. Hari yang berlalu selepas itu membuatkan saya tersenyum lebar dan lebih bersemangat. Prestasi kerja saya yang teruk beberapa hari lalu mula mendapat pujian. Semua ini kerana Ariana. Terima kasih, Ariana �

Saya bahagia meniti hari yang berlalu. Dengan adanya Ariana di sisi, hidup saya seakan sempurna. Saya kerap pulang awal, malah kadangkala lebih awal dari biasa. Ariana kalut kerana masih belum menyediakan hidangan untuk saya. Saya memang sengaja pulang awal. Saya rindu untuk menatap wajah Ariana. Hari itu kita menyediakan makan malam bersama. Kemudian kita menonton TV bersama. Saya tahu saat itu tidak romantik tapi itu tidak penting. Bagi saya, dapat menghabiskan masa berdua adalah jauh lebih romantik daripada candle light dinner.

Tapi sayang � Kebahagiaan kita tidak lama. Malah terus hancur berkecai apabila Diya menuntut janji buat sekian kalinya. Saya kembali bingung. Saya menipu Diya tapi kali ini Diya serius. Ada seseorang sudah merisik dirinya. Saya buntu. Saya merayu pada Diya supaya menolak lelaki itu tapi Diya tak mampu lagi. Diya sudah penat menanti saya. Apa yang harus saya lakukan? Saya mula menyayangi Ariana tapi dalam masa yang sama saya tidak mahu melepaskan Diya. Akhirnya saya biarkan perasaan menguasai diri saya dan menyalahkan Ariana atas segala-galanya. Hati saya menuduh Ariana melakukan sesuatu yang keji dan hina untuk meracuni fikiran saya.

Saya marah, Ariana. Bila terpandangkan wajah Ariana, perasaan marah saya membuak-buak di dada. Saya menghempas pintu bilik dan seketika kemudian saya mula kesal. Ariana datang ke sisi saya dan Ariana � Maafkan saya � Saya terlalu ikutkan perasaan. Saya biarkan perasaan menguasai diri. Maafkan saya mengambil kesempatan pada Ariana � Tak pernah sekali pun saya mahu menyentuh Ariana. Saya sudah berjanji pada diri saya untuk melepaskan Ariana pergi dalam keadaan suci. Apa yang berlaku malam itu adalah tanpa saya sendiri sedar � Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Tapi perasaan kesal itu tidak lama. Wajah Diya kembali menerpa. Perasaan marah mula membakar hati saya. Semuanya bermain di fikiran saya. Dalam keadaan marah, saya ketuk pintu bilik Ariana. Apabila Ariana membuka pintu, saya tolak tubuh Ariana. Saya sakiti dan lukai tubuh Ariana. Saya tuduh Ariana menggoda saya untuk mengikat saya. Saya tuduh Ariana mahu mengikat saya seperti mana Ariana mengikat arwah nenek saya. Saya lemparkan kata-kata kesat dan tidak berhenti menyakiti Ariana. Kemudian saya tinggalkan rumah. Tangisan Ariana berkumandang di telinga saya sewaktu saya melangkah keluar.

Ariana sayang � Saya mahu undur kembali masa. Saya mahu kembali saat kita bahagia. Saya mahu undur kembali masa supaya saya tidak menyakiti Ariana. Saya tidak mahu perasaan ego terus menguasai diri saya dan membuat Ariana menderita! Setiap hari Ariana menghubungi atau menghantar message, merayu supaya saya pulang. Tapi saya ego. Saya biarkan Ariana sendirian dan mengejar cinta Diya. Tak sesaat pun saya memikirkan Ariana kerana jika saya berfikir tentang Ariana, saya akan kembali marah.

Masa terus berlalu. Diya mengundur diri. Dia menerima lamaran yang datang. Berhari-hari saya tidak tidur kerana terlalu sedih. Saya mula teringatkan Ariana tapi saya tetap ego. Saya tidak mahu mengaku salah. Bagi saya, Arianalah penyebab semua ini! Ariana menyebabkan cinta Diya beralih arah! Ariana buat saya menderita! Cinta saya selama hampir lapan tahun akhirnya berakhir begitu saja. Semua ini kerana Ariana! Disebabkan terlalu kecewa, saya biarkan message dari Ariana tidak berbalas.

Ariana serahkan kedudukan ikatan perkahwinan kita di tangan saya. Kemudian Ariana beritahu bahawa Ariana tidak tahu tentang arwah nenek saya. Ariana minta maaf jika selama ini saya merana kerana Ariana. Waktu itu, saya mengiyakan kata-kata Ariana. Memang Ariana buat saya merana! Tapi saya tak pernah terfikir untuk melepaskan Ariana. Entahlah kenapa. Mungkin saya mahu menyeksa Ariana dengan menggantung Ariana tanpa tali.

Ariana tinggalkan rumah rupanya. Satu hari saya pulang untuk mengambil barang saya. Barang-barang Ariana satu pun tiada. Jauh di sudut hati, saya terasa kosong tapi ego saya mengatasi segalanya. Saya mendengus kasar dan duduk di rumah kerana saya tahu Ariana telah pergi. Saya sedar ada sepi yang mencengkam perasaan saya. Saya biarkan perasaan itu berlalu dengan pulang lewat ke rumah dan keluar awal pagi. Di rumah, saya sering terbayang senyuman Ariana seakan Ariana ada di situ. Saya mahu melupakan Ariana.

Satu hari, saya terdengar bunyi pagar dibuka. Jantung saya berdegup kencang. Perlahan-lahan saya melangkah ke ruang tamu untuk melihat siapa di luar rumah. Serius, saya ingatkan Ariana pulang. Air mata saya hampir menitis apabila lihat Mama yang datang rupanya. Sayang � perasaan tabah sayang diwarisi dari Mama. Mama mengesat air matanya berkali-kali memberitahu tentang keadaan Ariana tetapi Mama tak marah saya, jauh sekali mengherdik. Ariana kandungkan anak saya, ya? Peristiwa malam itu ada lanjutan rupanya. Bergetar tangan saya apabila Mama memberitahu yang kandungan Ariana kini berusia hampir sembilan bulan. Saya bakal bergelar bapa, sayang �

Ariana, saya gembira. Mendengar khabar tentang Ariana adalah lebih bagus dan lebih menggembirakan dari mana-mana khabar di dunia ini. Saya mengajak Mama untuk bergegas bertemu Ariana. Jauhnya Ariana pergi sehingga ke utara. Mama mengajak saya tinggal di rumah Mama sebelum bertolak awal pagi esok. Saya segera bersetuju dan mengemas barang. Malam itu saya tidur di bilik Ariana. Mungkin ALLAH nak tunjukkan sesuatu pada saya kerana hati saya terdetik untuk menarik laci meja Ariana. Ada sebuah kotak kecil. Saya keluarkan kotak itu dan melihat kandungannya.

Benarkah apa yang saya lihat? Sehelai tudung putih, berkeping-keping gambar saya semasa di UTMKL dan satu sim card. Saya tak pernah lupa akan tudung putih itu, Ariana � Saya hadiahkan tudung itu pada Rie, gadis yang saya tak kenali sewaktu kita di UTMKL. Kenapa tudung itu ada dalam tangan Ariana? Semua gambar itu pula adalah gambar-gambar saya ketika menyertai program anak angkat di Pahang. Dari mana Ariana dapat? Saya cuba sim card itu � Ariana adalah Rie, rupanya, ya? Ariana mainkan perasaan saya ya!

Ariana tak tahu betapa saya mencintai Rie! Saya sanggup tinggalkan Izzah kerana Rie. Ariana � Apa yang sedang Ariana mainkan? Adakah Ariana merancang semua ini? Adakah perkahwinan ini Ariana yang rancangkan? Benarkah apa yang saya sangkakan? Ariana sengaja mahu mengikat saya? Apa yang Ariana mahukan dari saya? Saya kecewa � Terlalu kecewa. Dengan pantas saya meninggalkan rumah. Selama lima bulan saya menghilangkan diri. Saya tidak lagi memikirkan Ariana. Saya cuba lupakan ceritakan antara kita. Walaupun gagal, tapi saya tetap mencuba. Berpuluh atau mungkin beratus kali saya berazam untuk tidak kalah akan perasaan saya sendiri.

Tapi apabila saya bertemu dengan seorang wanita yang sedang menggendong bayinya sendirian tanpa sesiapa menemaninya, saya teringatkan Ariana. Saya seakan ternampak Ariana dan anak kita. Berhari-hari saya tidak dapat melupakan imej itu dari fikiran saya. Saya kerap bermimpikan Ariana dan mengganggu fikiran saya sepanjang hari. Saya menemui Mama. Mama nampak sedih waktu saya datang. Saya luahkan hasrat saya pada Mama untuk menemui anak saya. Mama bersetuju. Sepanjang perjalanan Mama menangis tapi saya tidak bertanya sebabnya.

Mama menunjukkan jalan apabila kami tiba di Seberang Perai. Akhirnya Mama meminta saya berhenti di hadapan kawasan perkuburan Islam. Saya tercengang. Apa ertinya semua ini? "Mama, kenapa kita ke sini?" Tanya saya. Saya cuba sedapkan hati. Saya katakan pada hati saya bahawa Mama mahu menziarahi kubur saudaranya. Mama tidak menjawab dan terus memasuki kawasan perkuburan itu. Saya mengekori sehinggalah Mama berhenti di sebuah kubur. Air mata saya mula bertakung. Walaupun Mama tak beritahu saya, tapi saya sudah mengerti.

"Jumpalah anak Nizam." Bisik Mama. Lutut saya terasa lemah. Saya jatuh terjelopok di situ. Kubur itu kecil sahaja, Ariana � Di batu nisan, tercatat nama Muhammad Islam bin Muhammad Nizam. Ariana memilih nama yang cukup baik untuk anak kita. Saya menangis teresak-esak di situ juga. Mungkin tidak keterlaluan jika saya meraung di situ. Hanya ALLAH yang tahu betapa kesalnya hati saya, Ariana. Apa yang saya telah lakukan selama ini, Ariana? Mengapa saya terlalu ikutkan perasaan sehingga mengetepikan Ariana dan anak kita?

"Anak Nizam lemas dalam kandungan � Dia meninggal sebelum sempat melihat ibunya sendiri. Ariana � Dia lahirkan anaknya sendirian �" Air mata saya mengalir semakin laju. Tanpa saya sedar, saya memeluk kubur kecil itu � kubur anak kita, Ariana! Saya tak tahu apa yang paling saya sedihkan. Mungkin kerana saya tidak sempat lihat anak kita. Mungkin kerana Ariana bersendirian tanpa saya bersama Ariana. Mungkin kerana saya sedih saya sering mengambil keputusan yang salah dan saya yang menderita akhirnya. Kenapa Ariana perlu terkena tempias keputusan saya?

Lama saya berada di situ. Berkali-kali Mama menarik tangan saya supaya meninggalkan anak kita tapi saya tak sanggup! Mama katakan pada saya supaya melupakannya dan mengambil ikhtibar terhadap apa yang telah berlaku. Tidak semudah itu untuk melupakan! Kerana keputusan yang saya ambil, kerana terlalu ikutkan perasaan, kerana terlalu ego, akhirnya Ariana yang menderita! Entah bagaimana perasaan Ariana � Saya tak sanggup nak fikirkan.

Fikiran saya mula stabil apabila Mama mengajak saya datang bertemu dengan Ariana. Sebelum meninggalkan kubur anak kita, berkali-kali saya mengucup batu nisan yang terpacak tegak di tanah yang dihiasi dengan kuntuman mawar yang sudah layu. Berkali-kali saya menoleh ke arah kubur Muhammad Islam � Anak kita, Ariana � Anak kita yang Ariana kandungkan � Anak kita dah tiada, Ariana � Saya tak sempat lihat wajah anak kita, Ariana � Saya tak sampat memegang anak kita �

Mama memandu dan kira-kira setengah jam kemudian kami tiba di perkarangan hospital. Buat kali kedua hati saya dirundung sayu. Apa pula kejutan untuk saya kali ini? Setelah Mama meletak kereta, Mama membawa saya ke satu bilik. Dalam perjalanan, Mama ditegur seorang lelaki muda berpakaian putih. Di dadanya terpampang nama Dr. Zikri. Mama seakan sudah lama mengenali doktor itu. Fikiran saya bercelaru. Terlalu banyak kemungkinan yang saya fikirkan. Mama memperkenalkan saya dengan doktor itu. Saya tak suka lihat cara doktor itu memandang ke arah saya. Seakan ada sesuatu yang tersirat di sebalik caranya memandang.

Di sepanjang perjalanan menemui Ariana, saya lihat semua orang yang berada di situ. Langkah saya terhenti di sebuah bilik besar berwarna putih. Tingkah laku mereka semuanya pelik. Mereka seakan tidak sedar apa yang mereka sedang lakukan. Mengapa dengan mereka? Suara Mama yang memanggil mengusir tanggapan saya jauh-jauh. Saya terus berjalan sehinggalah Mama berhenti di hadapan sebuah bilik. Ada nama Ariana di luar pintu bilik itu.

"Selepas Muhammad Islam dilahirkan, seminggu Ariana koma. Bila diberitahu anaknya meninggal dunia, fikiran Ariana terganggu dan � dia terpaksa terima rawatan mental." Saya terus buka pintu bilik itu tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Ariana duduk di tepi tingkap. Ariana nampak tidak bermaya. Rambut Ariana kusut masai dengan wajah yang cengkung. Tubuh Ariana kurus. Mata Ariana bengkak seolah-olah Ariana menangis lama. Perlahan-lahan saya hampiri Ariana. Ariana tidak sedar saya ada di situ. Seketika kemudian Ariana memalingkan wajah.

Saat mata kita bertemu, mata saya berair. Saya hampiri Ariana dan terus memeluk Ariana. Saya mohon ampun pada Ariana. Apa yang telah saya lakukan pada Ariana? Kejamnya saya kerana melukai Ariana sehingga fikiran Ariana terganggu! Kejamnya saya kerana menyebabkan kematian anak kita! Maafkan keegoan saya, Ariana! Saya pentingkan diri sendiri! Saya sangkakan hanya saya yang menderita, hanya saya yang merana tetapi Ariana jauh lebih menderita dari saya!

"Maafkan saya. Saya tahu saya salah. Saya mohon ampun dari Ariana! Maafkan saya! Saya mohon ampun! Maafkan saya, Ariana!" Ariana tidak menyahut. Air mata Ariana turut mengalir tapi tiada sepatah kata Ariana luahkan. Saya menangis teresak-esak tanpa melepaskan tubuh Ariana dari pelukan. Saya bersalah, Ariana � Saya tahu saya bersalah, saya berdosa pada Ariana!

Ariana melepaskan pelukan saya dan bangun dari kerusi. Ariana capai tangan saya dan kucup tangan saya. Hati saya pedih saat Ariana mohon ampun. Ariana terlalu mulia, sayang � Saya yang berdosa tetapi Ariana yang meminta maaf. Hati saya sakit. Kenapa Ariana tak marah saya? Kenapa tak tengking saya? Saya tak layak untuk memberi kemaafan pada Ariana kerana saya yang salah! Ariana minta saya lepaskan Ariana pergi � Saya cuba peluk Ariana. Mana mungkin saya akan lepaskan Ariana pergi. Kali ini saya bersumpah, saya akan jaga Ariana! Tapi Ariana mengelak dan Ariana tolak saya keluar dari bilik Ariana.

Ya ALLAH, ampunkan aku! Saya jeritkan nama Ariana. Jangan buat saya begini, Ariana! Saya menyesal sepenuh hati saya! Saya ingin baiki segalanya antara kita. Tapi Ariana tidak menyahut. Dalam desahan nafas yang tidak menentu dan perasaan yang bercampur baur saya dapat dengar tangisan Ariana. Saya ketuk pintu Ariana berkali-kali. Ariana sayang � Maafkan saya, maafkan saya! Saya tahu ucapan maaf ini tidak setimpal dengan apa yang Ariana telah lalui selama ini. Saya tahu walaupun dengan ucapan maaf ini Ariana takkan mungkin mampu melupakan segalanya yang telah berlaku. Saya tahu Ariana tak dapat maafkan saya tapi berikanlah saya satu peluang terakhir. Saya tahu saya tak layak bertemu dengan Ariana lagi tapi saya mahu tebus semua kesilapan saya selama ini! Saya terus menjerit namun Ariana tetap tidak menyahut sehingga saya ditarik oleh dua orang pengawal keselamatan.

Ariana � apa akhirnya cerita kita?

== luahan hati sowg wanita==

Kisah 1

Awak ingat tak tarikh 29 Mac? Awak mesti tak ingat, kan? Tapi awak tau tak yang tarikh tu tarikh yang saya takkan lupakan sepanjang hidup saya? Awak tau kenapa? Sebab pada 29 Mac itulah kita disatukan sebagai suami isteri. Sampai saat ni saya tak percaya. Saya rasa nak ketawa. Kelakar rasanya. Macam mana kita boleh jadi suami isteri sedangkan awak tak pernah rapat dengan saya? Awak tau tak, hari kita bernikah tu, saya tertanya-tanya kenapa awak bernikah dengan saya? Kenapa awak pilih saya? Tapi awak tetap terima nikah dan lafazkan nama saya dalam satu nafas.

Wajah awak nampak tenang bila bersalaman dengan Papa saya. Awak senyum pada Ibu awak yang berada di sisi saya. Perlahan-lahan awak hampiri saya. Abang awak buka bekas cincin dan awak sarungkan cincin itu di jari manis kiri saya. Kemudian bibir awak menyentuh dahi saya. Saya tak berani nak pandang awak. Mata awak tajam. Saya cuma senyum. Semua itu lakonan semata-mata, kan? Bergetar tangan saya waktu cium tangan awak. Awak percaya tak itu kali pertama saya bersalam dengan seorang lelaki? Dan lelaki itu adalah awak, suami saya. Ibu awak peluk saya. Kemudian saya nampak Mama. Saya rasa sedih sangat. Hari tu saya dah jadi milik awak sepenuhnya.

Selepas majlis bernikah, awak balik ke rumah awak. Majlis perkahwinan kita diadakan pada keesokan harinya. Mama bertekad nak buat besar-besaran walaupun saya menolak. Bagi saya, majlis persandingan tak perlu. Cukup sekadar adakan kenduri tapi Mama tak setuju. Awak tau tak saya langsung tak pernah ambil tahu tentang majlis perkahwinan saya? Entahlah, saya pun tak tahu kenapa. Mungkin saya kerana saya sebenarnya tak percaya yang saya akan berkahwin dengan awak. Macam mana saya nak cakap, ya? Awak tau tak saya admire awak selama ni?

Mesti awak terfikir sejak bila saya kenal awak, kan? Awak tak ingat ke? Dulu kita belajar di universiti yang sama sewaktu diploma. Awak pelajar diploma kejuruteraan awam UTMKL, seksyen 3, kan? Saya tau banyak perkara tentang awak. Saya tahu warna kesukaan awak, hobi awak, makanan kegemaran awak � Girlfriend awak pun saya kenal. Semua tu saya kawan saya, Izzah yang beritahu. Izzah girlfriend awak, kan? Atau sepatutnya saya kata salah seorang yang pernah jadi girlfriend awak? Saya tau awak ada banyak girlfriend. Maklumlah, awak seorang lelaki yang ada banyak kelebihan. Kalau awak senyum je mesti ada yang akan jatuh cinta. Macam saya. Saya temankan Izzah bertemu dengan awak buat pertama kali awak berdua berjumpa. Kelakar rasanya bila saya pun jatuh cinta dengan awak.

Tapi Izzah tak pernah tau perasaan saya terhadap awak. Awak tau tak betapa terseksanya saya setiap kali Izzah ceritakan tentang awak? Izzah ceritakan yang awak hadiahkan dia rantai, bantal bentuk hati � Apa lagi ya? Banyak sangat yang awak beri pada Izzah. Saya cemburu sangat tiap kali Izzah bergayut dengan awak dalam phone. Saya terfikir kalaulah saya dapat miliki awak, adakah awak akan layan saya macam awak layan Izzah? Saya jadi saksi percintaan awak dengan Izzah. Izzah selalu suruh saya temankan bila awak nak jumpa dengan dia. Entahlah awak � Saya jatuh cinta sangat dengan awak sampai saya sanggup khianati kawan saya.

Izzah tak tau saya ambil nombor handphone awak. Saya beli SIM card baru dan mula kacau awak. Saya tak sangka awak akan layan saya. Izzah tak pernah tau saya kacau awak and awak pun tak pernah beritahu Izzah. Cuma pernah sekali Izzah mengadu kat saya yang awak dah semakin jauh dari dia. Saya terfikir � Sayakah penyebabnya? Tapi awak jarang balas message saya. Cuma sesekali awak akan balas message saya, bertanyakan siapa saya. Saya tak pernah bagitau dan awak tak pernah tau, walaupun kita dah berkahwin. Saya message awak, saya berterus terang yang saya sukakan awak. Entah apa perasaan awak masa tu, kan?

Awak ingat tak rak 108 kat Perpustakaan Sultanah Zanariah? Rak itulah yang jadi tempat kita bertukar banyak benda. Masa birthday awak, saya hadiahkan awak T-shirt warna hitam. Saya rasa happy sangat bila saya nampak pakai baju tu. Awak nampak menyerlah bila pakai baju warna hitam. Tiba satu masa, kita jadi rapat walaupun masa tu awak masih dengan Izzah. Kita berbual tentang banyak perkara termasuklah study. Kalau saya ada hint untuk final exam, rak 108 tu lah yang awak akan cari. Saya rasa tak percaya bila awak bagi hadiah untuk saya masa birthday saya. Saya ingatkan awak tak ingat. Awak bagi saya tudung warna putih. Cantik tudung tu. Tapi saya tak pernah pakai waktu di kampus. Ye la, kalau saya pakai, mesti awak kenal saya, kan? Tapi tudung tu la yang saya paling sayang � Sebab awak yang bagi. Hehe.

Bukan sekali dua awak tanya siapa saya. Nama saya pun awak tak tau. Awak pernah gurau dengan saya. Awak kata kalau saya tak bagitau nama saya, awak akan panggil saya sayang. Saya ketawa besar walaupun dalam hati saya mula risau. Izzah selalu mengadu dengan saya yang awak mula tak hiraukan dia. Setiap kali awak telefon, saya akan keluar dari blok hostel saya sebab saya tak nak ada orang tau yang saya sedang berbual dengan awak. Terutamanya Izzah. Awak rasa saya ni jenis yang kawan makan kawan ke? Saya bukan nak memiliki awak. Saya cuma nak jadi sebahagian daripada hidup awak. Tak sangka akhirnya saya memang menjadi sebahagian daripada hidup awak, kan? Menjadi isteri awak bukanlah sesuatu yang saya pernah fikirkan.

Awak akan jatuh hati pada saya juga tak pernah saya fikirkan. Saya menangis waktu awak luahkan perasaan awak. Bukan saya tak sukakan awak. Saya cintakan awak sepenuh hati saya tapi saya sedih saya tak dapat jadi milik awak sebab yang awak cintakan sebenarnya bukanlah diri saya, Ariana tetapi Rie. Rie cumalah bayang-bayang. Walaupun semua perkara yang saya ceritakan pada awak adalah mengenai saya, Ariana tapi bagi awak, saya Rie. Awak kenal Ariana tapi awak tak ada perasaan pada dia. Awak sebenarnya tak ada perasaan pada saya. Saya juga sedih sebab saya khianati kawan baik saya sendiri. Kenapa awak sukakan Rie dan sanggup tolak Izzah? Selepas saya menangis, Izzah datang bertemu saya dalam air mata. Awak tinggalkan Izzah! Kerana saya!

Saya tak tau siapa yang kejam. Sayakah yang membuatkan Izzah menangis dan membuatkan awak terluka? Atau awak yang membuatkan Izzah menangis dan menderita sendiri akhirnya? Maafkan saya, awak � Bukan niat saya nak mempermainkan cinta awak. Percayalah, saya cintakan awak tapi orang yang awak cintai bukanlah saya. Saya tau awak akan tolak saya jika awak mengenali saya. Saya tak macam awak yang punya segalanya. Saya tak secantik Izzah, tak sebaik Izzah. Awak pun tau saya macam mana, kan?

Pertama kali Mama dan Papa beritahu yang keluarga awak datang meminang saya, perkara pertama yang saya fikir ialah adakah awak dah tau yang saya Rie? Kenapa awak memilih saya? Kenapa tak orang lain yang sepadan dengan awak? Awak tak takut orang lain mengata awak kerana memilih perempuan yang tidak sepadan dengan awak? Saya rasa rendah diri sangat bila kita berdua duduk bersanding di atas pelamin. Saya dapat dengar orang memperkatakan dengan kita. Macam Prince Charming and the Witch. Hari yang sepatutnya menjadi hari bersejarah, hari paling bahagia dalam hidup saya jadi hari yang paling mendukacitakan. Saya terasa kerdil sangat di samping awak.

Tapi awak cuma senyum. Itulah yang melapangkan dada saya, yang membuatkan semua kemarahan saya hilang. Semasa awak senyum pada saya, saya terfikir. Kita sudah lama tidak bertemu sejak kita mengikut haluan masing-masing. Awak melanjutkan pelajaran ke Jepun sedangkan saya hanya mampu menyambung pelajaran di UTM Skudai dalam bidang ukur bahan. Saya tak tahu macam mana awak boleh berjumpa dengan saya. Saya tak tau macam mana awak boleh meminang saya. Kita tak pernah berjumpa sejak hari konvokesyen, kan? Sewaktu kita hampir disatukan pun kita tak pernah bertemu, kan? Kenapa awak pilih saya? Takkanlah orang seperti awak tak ada pilihan sendiri?

Bila kita berkahwin, salah satu perkara yang saya paling gerunkan adalah malam pertama. Saya mula terfikir yang bukan-bukan tentang malam pertama. Tapi saya tak sangka saya tak pernah dapat mengecapi malam pertama yang diidamkan pasangan lain. Awak tak sentuh saya langsung. Bercakap dengan saya pun tidak. Awak dingin. Saya cuba pujuk hati saya sendiri. Bagi saya, mungkin awak segan. Saya pun segan dengan awak. Ye la, awak ex-boyfriend kawan saya dan saya kawan ex-girlfriend awak. Oh ya, bercakap tentang Izzah, dia ada datang waktu majlis perkahwinan kita. Awak perasan tak? Ke awak dah lupakan Izzah?

Awak tak tau betapa risaunya saya waktu saya call dia. Dia tanya, siapa bakal pasangan hidup saya yang bertuah tu? Lidah saya kelu. Tapi saya berterus terang. Saya katakan pada saya yang saya tak pernah berjumpa dengan awak sama sekali dan saya tak ada idea apa yang menyebabkan awak meminang saya. Syukurlah Izzah memahami. Katanya, apa yang sudah berlalu biarkan berlalu dan kebahagiaan saya adalah kebahagiaan baginya. Tapi kenapa awak tak macam tu? Kebahagiaan saya awak tak pernah fikir pun. Awak berikan saya segalanya � Tapi awak tak pernah berikan saya kasih sayang.

Seminggu selepas kita berkahwin, awak luahkan hasrat awak untuk berpindah. Awak kata, awak dah beli rumah. Saya terkejut. Awak tak pernah beritahu saya pun. Mama tak bersetuju sebab Mama tak nak berjauhan dari saya tapi saya katakan pada Mama yang tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Jika awak nak berpindah ke mana sekali pun, saya akan ikut bersama awak sebab tempat saya adalah di sisi awak. Kemesraan kita di hadapan Mama dan Papa cumalah lakonan. Di belakang mereka, kita umpama batu yang tak berperasaan. Awak jangan cuba kata yang saya tak pernah cuba untuk bermesra dengan awak! Saya dah cuba yang terbaik. Setiap kali kita berdua dalam bilik, saya akan cuba berbual dengan awak. Saya bertanya tentang semua perkara tentang awak tapi awak bercakap seakan terpaksa. Kecil hati saya. Tapi saya tak pernah berhenti mencuba.

Selepas kita berkahwin, awak tak izinkan saya bekerja. Saya akur. Saya tinggal di rumah itu, sendirian. Saya rasakan diri saya tak ubah seperti robot. Saya akan bangun awal pagi sebelum awak bangun untuk masak sarapan. Sebelum azan subuh, saya akan kejutkan awak untuk solat. Kita akan bersolat berjemaah. Kita bersarapan bersama dan saya akan temani awak sehingga ke pintu untuk bersalam dengan awak sebelum awak pergi kerja. Setiap pagi saya tak pernah lupa untuk minta maaf jika saya ada silap. Entahlah, saya dah terbiasa untuk meminta maaf.

Tapi tu semua berlaku dalam seminggu saja. Satu pagi, bila saya bangun, awak tak ada di sisi saya. Dada saya berdebar kencang. Saya ketuk pintu bilik air tapi awak tak ada. Saya ke ruang tamu tapi awak tak ada. Dalam perasaan risau saya lihat semua barang-barang penting awak masih ada. Saya buka pintu bilik kedua. Awak sedang tidur dengan lena. Air mata saya tumpah. Kenapa awak buat macam ni? Hati saya betul-betul terluka tapi saya tak pernah luahkan. Pagi tu saya siapkan sarapan dalam air mata. Saya terfikir apa salah saya sebenarnya sampai awak buat saya macam batu.

Saya tetap kejutkan awak macam biasa. Awak nampak terkejut tapi saya gagahkan diri saya untuk senyum. Dengan suara yang lembut saya suruh awak bangun dan mengimamkan solat subuh. Pagi itu berbeza sekali rasanya. Di minda saya cuma terfikir satu perkara. Awak sebenarnya tak ikhlas memperisterikan saya. Tapi saya tak tau kenapa. Kenapa perlu awak ikat diri awak dalam perkahwinan ini dan seksa saya sebegini. Saya tetap maniskan muka walaupun saat tu perasaan saya dah mati. Saya tetap salam dan cium tangan awak dan tak lupa ucapkan maaf. Awak nampak serba salah tapi saya tetap cuba untuk tak kelihatan terluka.

�Smlm pns, sbb 2 sy tdur kt blik lain.� Saya tersenyum pahit waktu baca message dari awak. Kenapa awak berpura-pura dengan saya? Panas? Dengan aircond yang terpasang pada 16 darjah? Saya rasa marah sangat tapi saya biarkan perasaan tu berlalu. Entahlah awak � Saya sendiri terfikir kenapa saya selalu abaikan perasaan saya. Malam-malam seterusnya berlalu dengan awak mengasingkan diri di bilik kedua. Saya tak pernah bertanya. Saya diamkan diri tapi saya tak pernah lupakan tanggungjawab saya. Alhamdulillah, awak pun tak pernah abaikan kewajipan awak untuk berikan nafkah zahir pada saya.

Bila saya fikirkan balik, kita tak pernah keluar berdua kecuali sewaktu ke rumah saya atau ke rumah awak. Setiap kali keluar membeli barang dapur atau keperluan kita, saya akan pergi sendiri. Saya tidak kisah kerana saya boleh berdikari sendiri tapi saya terfikir. Apa status saya di mata awak? Saya isteri awak atau cuma orang gaji awak? Saya jaga dan uruskan keperluan awak sendirian. Kadang-kadang saya terserempak dengan kawan-kawan saya sewaktu saya shopping sendirian. Semua bertanya di mana awak. Lidah saya kelu untuk berkata. Alasan saya cumalah satu. Awak sedang bekerja atau awak outstation. Sedangkan saya tak tahu awak di mana!

Pernah sekali awak hantar message pada saya. Kita berhubung dengan message. Awak tak pernah call saya dan setiap kali saya call, awak tak pernah jawap. Alasan awak, awak sedang bermesyuarat. Tapi takkanlah awak ada mesyuarat setiap hari, kan? Hari demi hari saya jadi lali dan give up untuk call awak. Awak kata ada dinner syarikat di Dewan Perdana Felda dan semua pekerja terpaksa bawa pasangan masing-masing. Saya terasa kecil hati. �Terpaksa� bawa pasangan masing-masing. Awak terpaksa ajak saya rupanya. Saya sediakan pakaian awak untuk dinner malam itu. Saya sengaja pilih baju batik yang sepadan dengan baju saya. Untuk dinner malam tu, saya keluar ke butik untuk make up wajah saya. Saya nak nampak sepadan dengan awak.

Tapi malam tu tak seindah yang saya harapkan. Saya tak nafikan semua orang memuji saya tapi awak sedikit pun tak pandang saya. Usahkan pujian, bercakap dengan saya pun tidak. Di depan kawan-kawan awak, awak peluk pinggang saya, awak pegang tangan saya. Hati saya benci sangat awak buat macam tu. Tapi saya halal untuk awak. Saya terpaksa relakan awak buat begitu. Bila majlis berakhir, awak minta saya tunggu di kereta. Saya cuma menurut tetapi kemudian saya terasa ingin pergi ke tandas. Sewaktu dalam perjalanan tu, mata saya sendiri saksikan awak sedang bersama seorang perempuan.

Hancur luluh hati saya, awak � Saya pujuk hati saya. Saya katakan pada diri saya yang dia hanyalah rakan sekerja awak tapi awak dan dia terlalu mesra! Awak genggam tangan dia, awak belai pipi dia � Mustahil awak hanya berkawan dengan dia, kan? Niat saya untuk ke tandas terus mati. Saya kembali ke kereta, melayan duka sehingga awak datang. Awak tak cakap sepatah pun. Saya hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang sedangkan awak bersiul bahagia. Tiba di rumah saya terus membersihkan diri. Saya bermunajat kepadaNya malam itu. Saya cuba hilangkan pedih di hati saya dengan berdoa pada ALLAH.

Awak ingat tak pernah sekali Ibu awak datang tinggal di rumah kita selama tiga hari? Itulah saat yang paling bahagia saya rasakan. Sebab awak akan layan saya dengan baik walaupun itu semua lakonan. Sekurang-kurangnya dengan adanya Ibu, saya bukan batu yang awak boleh abaikan sesuka hati awak. Setiap pagi saya akan bangun dan sediakan sarapan. Kemudian saya akan berjalan-jalan dengan Ibu. Saya tak sendirian! Awak pulang awal ke rumah semasa Ibu tinggal di rumah kita. Saya bahagia, awak � Sebab kalau Ibu tak ada, awak mesti balik lewat. Saya tetap tunggu awak walaupun ada kalanya saya menunggu sehingga tertidur. Bila awak balik, awak akan kejutkan saya supaya tidur di bilik. Tapi perkara pertama yang saya akan tanya adakah awak dah makan. Saya siapkan makan malam setiap hari walaupun terpaksa tunggu awak balik. Awak akan kata yang awak dah makan tapi awak akan tetap makan masakan saya. Saya tahu awak terpaksa tapi saya tetap hargai awak.

Saya kagum dengan awak sebab awak berterus terang dengan saya. Satu hari, waktu saya tengah mengemas, wallet awak jatuh. Saya nampak ada gambar perempuan dalam wallet awak. Dialah perempuan yang bersama awak malam itu. Awak cepat-cepat tutup dan simpan wallet awak. Tapi saya cuba senyum dan tanya pada awak siapa perempuan itu dengan lemah lembut walaupun hati saya dah remuk saat tu. Awak kata dia girlfriend awak. Awak dah bercinta dengan dia sejak di Jepun lagi. Saya cuma senyum. Hati saya menangis. Saya memang tak sepadan dengan awak. Entah apa awak fikir tentang saya. Mungkin awak fikir saya pun tak serius dengan perkahwinan kita. Awak silap. Perkahwinan kita ni satu rahmat dan kebahagiaan buat diri saya. Saya tak pernah merasa sebahagia ini sebelum ini. Tapi saya juga tak pernah rasa sederita ini sebelum ini. Awak berikan saya cahaya kebahagiaan tapi dalam masa yang sama suasana terlalu gelap sehingga menyeksa saya untuk mengejar cahaya kebahagiaan itu.

Satu malam, kita duduk berdua di meja makan. Kita berbincang. Awak tanyakan pada saya sama ada mahu teruskan perkahwinan ini atau tidak. Sakit hati saya dengar kata-kata awak. Awak seakan-akan mahu memutuskan ikatan halal antara kita. Saya menangis di depan awak. Sumpah, saya tak pernah mahu memutuskan ikatan perkahwinan ini walau macam mana pun awak layan saya. Sebab saya sayangkan awak. Awak bingung. Saya katakan pada awak yang saya tidak kisah jika awak hendak menikahi teman wanita awak tetapi jangan putuskan ikatan perkahwinan kita. Entahlah, bagi saya perkahwinan dengan awak adalah segala-galanya. Awak akur.

Tapi jujur saya katakan yang saya menipu kalau saya tak ada perasaan setiap kali lihat awak tersenyum bahagia bila berbual dengan girlfriend awak. Setiap kali saya melalui bilik kedua, mesti saya dengar awak ketawa. Saya selalu terbayang betapa bahagianya saya kalau awak sedang ketawa dengan saya? Sejak saya beritahu saya tak kisah tentang hubungan awak dengan dia, kita jadi rapat. Sekurang-kurangnya awak tak lagi diamkan diri macam dulu. Sejak hari tu awak mesti senyum dengan saya dan tegur saya. Awak puji saya. Walaupun saya tak tau awak ikhlas atau tak, saya tetap gembira. Awak tak segan silu ceritakan pada saya tentang girlfriend awak. Awak minta nasihat saya. Awak kata saya sahabat awak. Pilu hati saya, awak. Tapi tak apalah, saya sanggup hadapi semua ini asalkan awak ada dengan saya. Setiap kali awak ada masalah dengan girlfriend awak, awak akan ceritakan pada saya. Walaupun hati saya pedih, saya tetap bahagia.

Satu malam, awak pulang lewat. Mata awak sembap macam baru lepas menangis. Awak terus masuk bilik, langsung tak bertegur dengan saya yang ada depan mata awak. Saya risau tengok awak sedih. Saya ketuk pintu bilik awak. Awak tak buka pintu. Tanpa keizinan awak, saya masuk bilik awak. Awak duduk menangis di birai katil. Saya duduk sebelah awak, pegang tangan awak. Awak genggam tangan saya kuat-kuat. Esakan awak makin kuat. Saya tak cakap sepatah perkataan pun. Saya biarkan awak menangis sebab bagi saya awak cuma perlu luahkan segalanya. Mungkin bukan pada saya tetapi pada diri awak sendiri. Lama awak menangis sampai air mata saya pun hampir mengalir. Saya sedih tengok awak menangis. Saya tak nak sesiapa pun lukakan perasaan awak.

Saya biarkan awak peluk saya. Basah bahu saya dengan air mata awak. Jantung saya berdegup kuat bila awak peluk. Inilah kali pertama awak peluk saya dengan keikhlasan walaupun mungkin awak tak sedar awak sedang memeluk saya. Awak baring di riba saya. Basah seluar tidur saya dengan air mata awak tapi saya tetap biarkan. Saya beranikan diri untuk belai rambut awak. Akhirnya awak tertidur di riba saya. Saya tak sampai hati untuk kejutkan awak. Waktu awak tidur itulah saya renung awak puas-puas. Jahat ke saya kalau saya rasa bahagia bila awak sedang sedih? Saya bahagia awak terima saya di saat awak memerlukan seseorang.

Saya terbangun bila saya terdengar suara awak. Saya terkejut sebab awak tak tidur di riba saya tetapi di sisi saya. Awak peluk pinggang saya. Dada saya berdebar. Dahi awak berpeluh. Baju awak basah sebab peluh. Saya sentuh dahi awak. Panas. Awak demam! Cepat-cepat saya ambil tuala kecil dan ais. Saya lap peluh awak dan tekap dahi awak dengan ais. Awak pegang tangan saya waktu saya lap dahi awak. Saya ingatkan awak sedar tapi rupanya awak sedang mengigau. Awak sebutkan nama Diya. Mengalir air mata saya, awak. Walaupun saya tahu awak tak sedar, tapi saya tak dapat kawal hati saya daripada terluka. Kenapa dia yang awak rindui? Kenapa nama dia yang awak sebut?

Keesokan harinya apabila saya membuka mata, saya sedang berbaring di katil awak. Awak tak ada. Saya terus cari awak tapi awak tak ada. Di meja di bilik saya, awak sisipkan sekeping nota. �Terima kasih sebab jaga saya malam tadi. Malam ni saya balik lewat. Jangan tunggu saya.� Saya tertanya � Bila awak tulis nota tu, ada tak awak fikirkan tentang perasaan saya? Saya koyak nota awak dan campakkan ke tong sampah. Saya benci awak layan saya macam ni! Saya hantar message pada awak untuk beritahu yang saya akan tinggal di rumah Mama selama beberapa hari. Sebelum saya pergi, saya siapkan keperluan awak untuk seminggu. Tapi sebenarnya saya tak pergi ke rumah Mama. Saya bercuti sendirian di Cameron Highlands.

Percutian saya bukanlah untuk bergembira. Saya banyak berfikir di sana. Saya mula fikirkan pertanyaan awak dulu untuk berpisah. Saya mula menyesali keputusan saya untuk meneruskan ikatan kita. Sebab saya menderita! Tapi saya tak salahkan awak. Saya sendiri yang lukakan perasaan saya, kan? Setiap hari saya menangis. Di sana, saya berjalan-jalan sendirian sedangkan setiap orang di sana berteman. Mereka nampak bahagia, awak � Tapi kenapa kita tak bahagia? Sebab hati awak bukanlah untuk saya � Semasa di Cameron Highlands, saya matikan handphone saya. Walaupun hati saya meronta untuk mengaktifkan handphone tapi saya kuatkan hati saya. Setiap hari saya tertanya � Awak pernah ke cari saya?

Selepas seminggu, barulah saya pulang. Saya kuncikan pintu bilik dan tak tunggu awak balik. Hati saya meronta nak lihat wajah orang yang paling saya rindui tapi saya takut saya menangis. Saya tak nak menangis di depan awak. Saya tak nak awak fikir saya nak dapatkan perhatian awak. Saya tetap tunggu awak sebenarnya. Pukul 10 malam barulah awak pulang. Awak berhenti di sisi kereta saya dan pandang ke arah bilik saya. Saya sembunyikan diri. Kemudian awak masuk ke dalam rumah. Saya berdoa awak akan ketuk pintu bilik saya tapi yang saya dengar cumalah awak menutup pintu bilik awak. Air mata saya mengalir. Awak mesti tak rasa apa-apa bila saya tak ada, kan?

Pagi itu saya mulakan kembali rutin harian saya. Selesai memasak sarapan pagi, saya ketuk pintu bilik awak. Tapi awak tak ada. Bilik awak kemas macam awak tak balik semalam. Di atas meja ada nota untuk saya. �Saya outstation tiga hari di JB. Nanti saya belikan something utk awak. Jaga diri baik-baik.� Entahlah apa yang saya rasa waktu tu. Saya dah lupa. Saya cuma tutup pintu bilik awak dan saya berkemas. Saya pergi ke rumah Mama. Saya tak beritahu awak pun. Mama tak pernah beritahu yang awak cari saya semasa seminggu saya di Cameron. Awak tak pernah cari saya rupanya. Awak tak pernah hiraukan tentang diri saya.

Selepas tiga hari, awak jemput saya di rumah Mama. Saya tak tau macam mana awak boleh cari saya di rumah Mama. Awak nampak penat. Saya terus siapkan makanan untuk awak. Awak nampak berselera benar. Awak kata pada Mama yang awak rindukan masakan saya setelah berjauhan selama beberapa hari dengan saya. Awak tipu, kan? Awak kata awak penat jadi awak nak tidur di rumah Mama. Saya tak suka! Depan Mama saya pujuk awak untuk balik tapi awak menolak. Saya tak nak duduk di bilik yang sama dengan awak. Saya rimas awak ada dekat dengan saya. Saya bencikan awak!

Bila awak minta izin untuk masuk ke bilik, saya sediakan semuanya untuk awak. Kemudian saya keluar dari bilik untuk menonton TV. Semua tu alasan semata-mata. Awak datang jumpa saya. Mama senyum lihat awak datang sedangkan perasaan saya membara dalam hati. Saya berpura-pura mesra di hadapan Mama. Sejam kemudian awak ajak saya tidur. Terbeliak mata saya dengar awak bahasakan diri awak Abang. Saya menolak dengan mengatakan saya mahu menonton TV tapi Mama mencubit lengan saya. Dengan perasaan terpaksa, saya ikut awak masuk ke dalam bilik. Dalam bilik, saya mendiamkan diri. Saya duduk di atas kerusi. Perlahan-lahan awak datang hampiri saya.

"Boleh kita bercakap?" Awak meminta izin. Saya membatukan diri tetapi kemudian saya menganggukkan kepala.

"Awak pergi mana minggu lepas?" Tenang awak bertanya.

"Rumah ni la." Jawab saya pendek. Saya tahu menipu hukumnya berdosa tapi salahkah saya kerana tak mahu melukai perasaan saya sendiri? Saya berhak untuk gembira dan bahagia.

"Saya tahu awak menipu." Saya mendiamkan diri. Dalam hati saya bertanya. Kalau awak dah tau saya menipu, kenapa awak perlu tanya? Kenapa tak berterus terang? "Jangan buat macam tu lagi. Saya risau bila Mama cakap awak tak ada datang pun. Saya terpaksa tipu Mama katakan yang awak ada sedangkan saya cari awak setengah mati. Dah lah awak off handphone." Awak luahkan perasaan marah awak. Saya terfikir � Cuma sebab itu pun awak nak marah? Macam mana dengan saya yang terpaksa memendam rasa selama hampir setahun kita berkahwin? Sekali pun saya tak pernah ungkit! Tapi saya tak nak panjangkan cerita. Awak tak kenal saya. Saya sebenarnya keras kepala tapi demi awak saya sanggup berubah.

Saya rasa awak tahu saya sedang marah. Sejak hari tu, awak selalu pulang awal dan cuba untuk bercakap dengan saya. Tapi biasanya saya mendiamkan diri dan hanya menjawab sepatah untuk semua soalan awak. Saya cuba penuhi tanggungjawab awak. Saya tak lupa untuk kejutkan awak, sediakan sarapan awak, siapkan pakaian untuk awak bekerja � Tapi saya cuba untuk mengelak daripada berdua dengan awak. Perasaan saya sentiasa terganggu bila awak ada dengan saya. Awak pernah tanya kenapa tak makan bersama. Saya cuma katakan yang saya kenyang atau tidak berselera. Bersama awak, saya seakan patung tak bernyawa, mati.

Satu hari, awak hantar message. Awak nak ajak makan di luar. Saya menolak. Bagi saya, lebih baik saya makan sendirian daripada makan bersama awak. Saya katakan saya tak ada mood untuk keluar. Tapi awak memaksa. Malam tu istimewa rupanya. Awak hadiahkan saya mawar dan seutas gelang tangan. Awak mohon maaf untuk semua kesilapan awak. Saya rasa tak percaya. Kenapa tiba-tiba awak berubah? Apa yang menyebabkan awak berubah? Tapi saya gembira, awak � Malam itu kita pulang lewat kerana awak berkeras mahu menikmati suasana malam di KLCC. Itulah kali pertama kita berbual dan ketawa bersama. Terima kasih, awak � Kerana sudi membahagiakan saya saat itu.

Hari yang mendatang membahagiakan saya. Saya kembali ke rutin dahulu. Awak kerap pulang awal ke rumah dan kita menghabiskan masa berdua. Walaupun kita masih tidur berasingan seperti dulu, sekurang-kurangnya saya tak rasakan rumah itu tidak mengurung jiwa saya lagi. Setiap hujung minggu mesti awak bawa saya keluar. Saya rasa pelik kenapa awak mula baik dengan saya. Saya beranikan diri untuk bertanya pada awak tapi lidah saya kelu. Saya takut jika saya tanya, hubungan kita akan suram seperti dulu. Seingat saya, itu antara saat yang paling membahagiakan ketika bersama awak.

Tapi semua itu berubah dalam satu malam. Satu malam, awak pulang ke rumah dalam keadaan marah. Awak hempaskan pintu bilik. Saya mengurut dada kerana terkejut. Saya ketuk pintu bilik awak. Awak buka pintu dan menjerit ke arah saya. Saya terkejut. Itulah kali pertama saya lihat awak marah. Kemudian awak hempaskan pintu bilik di depan saya. Saya tak nafikan perasaan saya tercalar tapi saya bersabar. Mungkin awak ada masalah. Selesai memasak, saya buka pintu bilik awak tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Awak sedang duduk di atas katil. Awak menundukkan kepala. Saya tahu awak menangis. Saya berdiri di hadapan awak dan pegang bahu awak. Awak peluk saya. Bersaksikan ALLAH, malam tu saya serahkan diri saya yang halal untuk awak.

Pukul 3 pagi, sewaktu awak sedang tidur, saya bangun dan menunaikan solat sunat kerana saya bersyukur sekali. Niat saya ingin kembali ke bilik awak tetapi saya rasa malu sekali. Saya tidur di bilik saya walaupun hati saya meronta untuk berada di sisi awak. Saya terbangun bila pintu bilik saya diketuk kuat. Dengan rasa mengantuk, saya lihat jam menunjukkan pukul 9 pagi. Saya beristighfar dan segera membuka pintu. Bila saya buka pintu, awak tolak saya sampai saya terjatuh. Saya terpana. Saya ingatkan awak akan berhenti tapi awak tarik rambut saya dan tampar pipi saya berulang kali.

"Kau sengaja goda aku malam tadi! Kau sengaja buat macam tu! Kau nak ikat aku, kan? Sama macam mana kau ikat nenek aku supaya aku berkahwin dengan kau!" Demi ALLAH, saat tu saya rasakan saya kehilangan perasaan saya. "Kau ingat aku nak kahwin dengan kau? Kalau bukan sebab wasiat nenek aku, aku tak akan kahwin dengan kau!" Awak tendang tubuh saya. Air mata saya mengalir laju. Saya tak tau macam mana nak pertahankan diri saya. Saya rasa lemah sangat, awak � Barulah saya tau kenapa awak berkahwin dengan saya tapi � Tapi kenapa awak kejam sangat dengan saya? Awak kata saya goda awak? Saya cuma serahkan sesuatu yang halal untuk awak! "Bodoh! Bodoh!" Awak terus pukul tubuh saya. Sakit sangat, awak � Tapi hati saya lagi sakit.

Dalam keadaan marah, awak keluar dari rumah. Saya duduk menangis di birai katil sehingga saya tertidur. Bila saya bangun, awak masih belum pulang. Awak tak pulang malam tu. Tak � sejak hari tu awak tak pernah pulang. Bukan sekali dua saya cari awak. Saya telefon handphone awak tapi awak off. Kalau awak tak off pun, awak tak angkat phone call dari saya. Saya hantar berpuluh-puluh message pada awak tapi satu pun tak berbalas. Saya tetap menunggu awak tapi tak pernah sekali pun awak pulang. Saya rayu awak pulang setiap hari tapi hampa � Awak terus hilang. Saya pernah pergi ke rumah awak tapi Ibu awak tanya kenapa dah lama tak datang. Maksudnya awak tak pernah datang ke rumah Ibu. Bila saya telefon office awak, semua orang cakap yang awak dah lama tak datang bekerja. Mana awak pergi?

Tiga bulan awak menghilang entah ke mana. Mahu tak mahu saya terpaksa menebalkan muka memberitahu Ibu. Tapi saya tak beritahu sebab awak tinggalkan rumah. Saya terpaksa menipu mengatakan yang saya bersalah. Betul ke saya yang salah, awak? Menyerahkan sesuatu yang halal untuk awak salah ke? Berdosa ke saya? Tiap malam saya berdoa agar awak kembali tapi ALLAH tak makbulkan doa saya. Mungkin benar saya berdoa sebab buat awak marah. Saya tetap setia menunggu kepulangan awak. Hampir empat bulan digantung tak bertali, kesabaran saya mula hilang. Saya tak sanggup menunggu lagi. Yang paling saya sedih, saat tu saya dapat rasakan kewujudan satu nyawa lain dalam tubuh saya. Saya menangis teresak-esak bila disahkan berbadan dua. Saya tau awak mesti bencikan saya �

Saya berfikir panjang. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk pergi jauh. Saya hantar message pada awak. Saya tak tau awak baca message itu atau tak. Dalam message tu, saya beritahu awak yang saya akan pergi jauh. Ikatan perkahwinan ini terpulang pada awak untuk tentukan. Jika awak sudah tak sanggup menerima diri saya, saya rela dilepaskan. Saya berjanji pada awak yang saya akan sentiasa menjaga diri saya dengan baik. Saya juga mohon maaf sebab buatkan hidup awak merana selama ni. Tapi saya tak perna tahu apa-apa tentang wasiat nenek awak. Saya tak tau macam mana nenek awak kenal saya. Saya tak tau apa-apa! Saya tak sebutkan tentang anak kita langsung. Saya tak mahu awak membenci anak kita. Jika awak tak mahu menerima dia, biarlah � Saya sendiri akan menjaganya. Dan dia akan tetap tahu bahawa awaklah ayahnya. Dengan air mata yang tak berhenti mengalir, saya berpindah ke Pulau Pinang.

Membina hidup baru bukanlah mudah. Dengan wang yang saya simpan sebelum berkahwin dengan awak, saya tanggung hidup saya sendiri. Saya cuba sedaya upaya untuk melupakan awak. Setiap hari bila kandungan saya semakin membesar, saya akan menangis. Bukan kerana saya tak gembira. Bayi ini satu-satunya cahaya cinta saya. Saya menangis sebab saya rindukan awak. Cukup 9 bulan, saya lahirkan anak kita. Awak percaya tak yang saya lahirkan dia sendirian? Tak ada doctor atau jururawat yang menemani saya. Saya bertarung nyawa sendirian semata-mata untuk melahirkan anak kita. Seksa sangat waktu tu � Saya seakan ternampak semua dosa saya selama ni.

Lima bulan selepas saya melahirkan anak kita, awak datang. Luruh jantung saya ketika berhadapan dengan awak. Mata awak berair bila berjumpa dengan saya. Awak terus peluk tubuh saya. Saya membiarkan. Air mata saya mengalir. Awak mohon maaf pada saya. Awak bersungguh-sungguh mohon kemaafan pada saya tapi saya membatukan diri. Badan saya tak dapat bergerak, awak � Saya seakan tak ada kawalan terhadap badan saya sendiri. Saya biarkan awak menangis di hadapan saya. Saya menangis tapi lidah saya kelu. Saya tak dapat nak berbicara dengan awak. Hanya ALLAH yang tahu betapa saya rindu untuk melihat wajah awak.

"Maafkan saya. Saya tahu saya salah. Saya mohon ampun dari Ariana! Maafkan saya! Saya mohon ampun! Maafkan saya, Ariana!" Saya tak tau, awak � Saya tak tau sama ada saya boleh maafkan awak setelah apa yang awak buat pada saya � Saya tau awak tau yang saya Rie � Mama pernah datang beritahu yang awak datang ke rumah dan ternampak tudung putih pemberian awak dulu. Bukan itu saja. Semua gambar awak yang saya simpan selama ini juga dia tahu. Saya tak tau sama ada saya harus bersyukur atau tidak. Hati saya dah mati � Awak menangis di hadapan saya tanpa henti.

Berkali-kali awak panggil nama saya tapi saya tetap diamkan diri. Air mata saya menitis tapi saya tak dapat nak kesat air mata tu! Saya rasa saya dah mati, awak! Saya gagahkan diri untuk bangun dan dengan segala kekuatan, saya cium tangan awak, saya minta ampun atas semua dosa saya dan saya minta awak lepaskan saya. Kemudian saya tolak awak keluar dari bilik saya. Saya kunci pintu bilik walaupun awak ketuk pintu bilik saya dengan kuat. Meskipun awak menjeritkan nama saya � Tapi sudahlah, hati saya dah mati untuk awak. Entahlah � Susah untuk saya maafkan awak walaupun saya tau bukan salah awak anak kita tak sempat membuka mata untuk melihat dunia ini � Biarlah semuanya berlalu. Saya hanya mahu abdikan diri saya sepenuhnya pada ALLAH untuk memohon keampunanNya.